melihat si manja Azid tidur sangat membahagiakan...good nite everybody. :)
Saturday, September 22, 2012
Sunday, September 2, 2012
my kesayangans
dah lama tak upload this blog yang satu. erm tetiba pagi ni terasa nak update plak. of course la nak ceritakan tentang my little precious yang sorang tuu. cek tatau nak habaq lagu mana dah...haihh..tetibe terloghat utara plak...Azid sekarang dah banyak perkembangan yang boleh dilihat.sekarang ni dah boleh meniarap dengan seniri and dalam percubaan mengangkat badannya yang sihat tu. tangan dia menongkat badan..sat g da boleh nak merangkak kot...heee tak sabar mummy nak tengok Azid merangkak..yang bestnyer bile tengok Azid senyum...comel,, nampak gusi jer, and lesung pipit yang dalam.hihi
ni la kesayangan hamba. 2 2 i sayang tau..daddy and Azid. daddy plak nampak cute..si Bambam Azid ni serius la pulak...heheh
Sunday, July 1, 2012
ajid beco daa :)
Salam Ahad semua!
lamanya tak update blog ni. sekarang Azid tengah tidur dalam buai..dah beberapa hari ni dia selsema plak. hari tu macam dah baik, tapi malam tadi dia asik nangis je..then pagi dalam pkul 3 pagi pun nangis lagi.mungkin sebab hidung dia tak selesa, ada hingus. baby,, mana tahu hembus hingus kann..Jadi, apa lagi,, daddy dia sedut lah hingus Azid..waktu malam and 3 pagi tadi.erm sayang daddy Azid..tak geli pon. bisik kat Azid, jangan nakal2 tau nanti dah besar. :)
ini gambar Azid yang senyum..susaah betul nak tengok Azid senyum masa awal-awal dulu. mana taknye..nangis je lebih dari senyum. time dia tengah senyum hp tak de di tangan, kadang tu bila kita dah standby hp nak snap pic dia senyum..tak senyum2 lah plak si Azid ni..haish..hihi
Mummy nye pon nak inteprem gak..hihi Azid ikut muka saya tak? tang mata dia tu mmg sepetlah. mak kata mata saya sepet time kecik2 dulu. lagi satu kan..si Azid ni ada lesung pipit tau..2 belah pipi die ade lesung pipi..belah kiri die lekuk paling dalam..orang semua kate ikut sape. then saya cakaplah ikut saya ade lesung pipit sambil senyum.tapi semua tanak mengakui yang kat pipi saya ni lesung pipit. hahaha jelezz la tu. nantilah ada masa saya kasi tunjuk lesung pipit tu. :P
ps: tak sangka Azid dah muat pakai baju ni..dulu rasa baju ni macam besar je..now dah muat..dah besar dah anak mummy ni..love you darling.
Friday, June 15, 2012
my sleepless night
another sleepless night..uhuuu..so tired and sleepy..ginilah kalau dah jadi ibu ni.memang tiada masa untuk 'tidur untuk kecantikan' lagi dah..my baby, masa tidurnya tidak menentu.siang dia tidur lama, malam dia berjaga..pukul 2 baru tidur.oh my......malam tadi dah tak larat dah rasanya, dengan badan demam..so, lepas berjaga..have to pass the baby to my hubby..dia plak yang tidurkan..and bila dengan daddy pon dia tanak tidur gak..harus beri pada the 'master'...haha my mom lah..siapa lagi..kalau tak de emak tak tahulah macam mana.
ini si bambam saya....maaf kadang mummy dah tak sabar sangat,Azid tanak tidur and menangis je, kena pukk gak si bambam ni..sian Azid.
dari kiri Muhammad Ali Nasarudin, Muhammad Harish & Zinnirah. besar lebih kurang sama je kan?
pagi tadi pergi check kat klinik, berat Azid dah 5.5 kg and tinggi 60 cm.overall perkembangan Azid bagus..graf pon cantik naik.keep it up Azid! cuma janganlah kuat nangis lagi..malam untuk tidur tau, bukan untuk berjaga.
Tuesday, June 5, 2012
bulan 6
it's June!! how time flies...uhuu.~
now i have a hapi family.alhamdulilah, thanks to Allah. :)
tatau nak ckp macam ne...rasa life sekarang dah sempurna..i've my own family,, i've my job..alhamdulilah. maybe adalah sikit-sikit yang perlu di 'upgrade' in future, insyaAllah.sometimes bile tengok orang lain rasa ada sikitlah jeles dengan life dorang yang sangat bertuah...yelah bertuah dari segi macam2 lah.huhu tapi bila fikir2kn balik, saya perlu bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang Allah beri rezeki yang tak ternilai buat saya. saya rasa lebih selesa dengan kehidupan yang sederhana ni. and bersyukur juga kerana saya dpt bersama dengan orang-orang yang saya sayang..
bila ingat-ingat balik, baru bulan April lepas...dapat status baru.status as a mummy. saya dah lalui saat berpantang (awal-awal) yang sangat menguji kesabaran saya. masa tu betul-betul rasa stress and down. pengalaman pertama la katakan. after this pasti saya akan lebih well prepared in everything, huhu.terasa diri ni sangat menyusahkan orang di sekeliling, esp my husband n family..erm, saya bukanlah seorang yang penyabar..so, boleh imagine tak macam ne org di sekeliling sy menjaga saya? tentulah mereka terpaksa bersabar dengan karenah saya yang tengah sakit2.huhu
sekarang tengah belajar jadi seorang yang penyabar..memang sangat susah, tapi saya akan cuba. dulu sebelum jadi cikgu saya selalu terfikir, boleh ke saya jadi seorang guru yang penyabar melayan karenah anak murid yang macam2..erm mmg susah, tp lama-kelamaan bila saya cuba kawal kemarahan..dptlah sikit jadi seorang yang penyabar dengan anak murid.tp kkdang tu, ada gak terlepas jadi singa dalam kelas..haha now sekarang dengan anak...memang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi..esp bila anak kamu ialah seorang yang sangat kuaat nangis, tak kira masa..uhuuu...everything i have to adjust myself, for eg masa tidur, makan semualah...mula2 memanglah tak biasa sangat.sampai sekarang pon masih lagi mencuba..huhu susah gak nak jadi seorang ibu..but i really amazed with my mother, cos she can handle everything from early in the morning till at late midnight..saya harap saya akan jadi sekuat and seikhlas my mother.
Thursday, May 31, 2012
apabila bergelar ibu
dah jadi ibu ni antara kewajipan yang
perlu dilaksanakan ialah menyusukan bayi. dalam banyak-banyak susu bayi,
susu ibulah yang paling mahal dan berharga, bukan susu Enfagrow, Anmun,
Gain Plus etc..huhu betul tak ibu-ibu semua? kewajipan menyusukan bayi
ni ada disebut dalam Al-Quraan
"Dan
ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,
iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.." (Surah
al-Baqarah 2.233)
Alangkah seronoknya bila seorang ibu itu dapat menyusukan anak dia selama 2 tahun.tentu rasa puas dan bahagia sekali. Semasa mengandung saya diberi pendedahan tentang susu ibu..penyusuan secara exclusive..iaitu bayi diberi minum susu ibu sahaja selama 6 bulan..and macam2 lagilah yang nurse bagi tahu ttg kebaikan susu ibu ni. and i think semua orang pon tahu tentang kebaikan susu ibu ni.
ok, gambar di bawah ialah hadiah buku tentang susu ibu yang saya dapat daripada my beloved friend. Ada macam-macam info yang berguna dalam buku ni esp untuk para ibu n bakal ibu.utk bapa pon bagus gak buku nih.

Terima kasih pada kawan saya Juhana yang bagi saya hadiah buku ni. Bila saya baca buku ni terasa sedih sangat tak dapat nak bagi baby saya fully susu ibu. Now, my baby minum susu badan and susu formula..dah campur dah. At first memang nak kasi dia susu ibu jer..2 minggu lepas bersalin memang Harish minum susu badan je. Sebab die kena jaundise, saya mmg kena kasi dia minum susu banyak2 supaya kuning die cepat hilang.tapi agak lama jugak lah jaundise die, dah 15 hari pon masih ada kuning lagi. dah cuba macam-macam tapi still tak berkesan. at last, saya kasi die susu tepung,, then die buang air, barulah kuning die turun. erm start from that saya kasi die minum susu formula..
sebab nak sembuhkan penyakit kuning Harish, terpaksa lah beri susu formula. then bile dah baik tak perlu dah beri susu formula.tapi anak saya jenis yang kuaat sangat menangis, dan kuaat minum susu. kadang-kadang bila beri susu badan dia asik menangis and macam tak puas je minum. so terpaksalah jugak saya bagi die susu formula ni. jeles betul bila tengok orang boleh perah susu and simpan susu dalam kuantiti yang banyak..berbotol-botol. saya paling banyak pun sehari boleh simpan 5 auns. tak banyak mana 5 auns tu..sebab my baby kuat minum susu..5 auns tu sekali minum jaa..tapi bila dapat perah susu, 5auns tu saya rasa gembira sangat..kadang perah dapat 1 auns je pon saya rasa seronok, sebab dapat beri baby susu saya.
doktor memang nasihatkan saya bagi bayi susu ibu..tapi dia tak tahu keadaan yang sebenar saya hadapi. sekarang ni apa yang saya boleh buat ialah beri susu badan sebanyak yang boleh. kurangkan susu formula. ada beza tau anak yang minum susu ibu ni dgn yang x minum susu ibu. antaranya ialah anak kita lebih cerdik, rapat, lebih mendengar kata dll..it's true, saya ada 4 orang adik beradik..3 orang adik beradik mak beri minum susu badan selama 2 tahun..cume sorang kakak saya ni mak beri mnum susu badan selama 6 bulan..dari segi IQ mmg kakak saya yang sorang ni tak berapa dalam study.
apa-apa pun saya berharap saya diberi kekuatan untuk beri bayi saya susu badan.and berharap anak saya dah tak meragam sangat.so boleh beri dia susu badan tanpa masalah.
Monday, May 28, 2012
harish azid
pernah tak you all dengar dulu-dulu or even now pon ada, kalau baby asik sakit je ditukar nama? pernah tak pernah tak? saya selalu dengar dari cerita mak.tapi just setakat dengar ditukar nama jela..takde plak saya tahu ada ritual lain..ahaa, ritual apakah?
dah jadi mak ni macam2 la perkara yang tak tahu jadi tahu. macam-macam kerisauan yang melanda seorang ibu ni sebenarnya.rasanya macam tula dulu makabah kite risau kalau kita sakit.
apa yang merisaukan saya sekarang, my baby tersangatlah kuatnya menangis.tak tahulah nak buat macam na.risau sangat. so, pergi bawakan Harish ni berubat. first time pergi dengan bidan ni, dia urutkan. Ya Allah, kuatnye dia menangis bila kena urut. keluar semua angin-angin dalam badan Harish.macam orang tua angin nya..bidan yang urut tu, urut and keluarkan angin dari mulutnya (mulut mak bidan ye). sebenarnya Harish tak pernah berurut, masa dalam hari tukang urut cume urut saya je..baby tidak.cos die tak pandai urut bayi and die bukan bidan. susah nak cari bidan kat kampung saya ni (nama je kg, bidan pon susah nak cari..haha).
then, for the second time pergi berurut dengan bidan yang sama, diurut lagi, ada kurang lah anginnya. then ditukarkan nama, jadi Muhammad Azid..inilah ritual yang saya nak ceritakan tu..ini amalan orang Melayu, kalau bayi yang selalu sakit2 or ada problem mungkin disebabkan nama tidak serasi. semalam saya jual anak saya kepada mak bidan, mak bidan beli then dia serahkan kembali anak tu kepada saya untuk dijaga. kira Harish ni dah jadi anak angkat kepada mak bidan..siap dikasi nama lagi. itu jual anak.
ada yang saya dengar cerita dari mak..orang buang anak.bukan buang anak dlm sungai ke apa. ini cuma simbolik je. anak tu dibuang or diletakkan di mana-mana tempat, then orang lain akan ambil, pungut or kutip anak tu dijadikan anak angkat dan diberi nama. Sebagai contoh mcam pakcik saya..'dibuang' dan diberi nama..Pungut n Kutip (ada 2 orang pakcik). Sampai sekarang saya panggil dia Paman Pungut and arwah Paman Kutip.
saya cuma nak anak saya sihat je..saya nak dia cepat-cepat sihat and tak nangis-nangis lagi. nangis dia bukan nangis biasa,, luar biasa nangisnya, macam kena pukul..entahla saya tak tahu kenapa.sedih bila tengok anak kita nangis je..mungkin dia sakit..tu yang dia nangis, tak tahu nak cakap jadi nangislah. saya harap bila dah habis pantang ni, Azid baik. doakan ye kawan-kawan.
Monday, May 21, 2012
si agen amway
Amway Post Natal Care,, erm ni dia set lepas bersalin yang saya guna. Oleh sebab my baby kena jaundise, saya tidak dibenarkan makan apa-apa jamu sampailah baby sembuh.agak lama my baby kena jaundise. so, after 3 weeks barulah saya makan jamu ni semua. sekarang ni baru rasa nak berpantang macam mula bersalin dulu..pakai bengkung, minum teh herba dll..haha. walaupun kat situ tulis diambil selepas 5 hari bersalin.tak pelah omputih kate better late than never.
Disebabkan 3 weeks baru nak beli post natal set ni..mood tu ade kurang sikit.huu..nak cari set bersalin yang murah je..yelaa dah 3 minggu badan dah sihat sikit, tak macam lepas bersalin dulu..nanti beli mahal2 tak habis pakai.kan membazir. my sis pakai Nona Rogai..(tak tahu eja camne)..dia kata ok and serasi ngan brand ni..ingat nak try brand ni masa sebelum bersalin dulu.tapi sebab lambat dah nak makan jamu, then harganya RM340..pk sepuloh kali kot nak beli...haha..nak sihat and cantik tapi kedekut!
Amway Post Natal Care ni bagi saya harganya berpatutan dan sangat2 berbaloi...RM230 je..tapi boleh dapat banyaak! dengan bengkung sekali.tengok jelaa dalam gambar atas tu..my sis kate pon banyak..bunyi die cakap macam jeles je ngan I punye set postnatal ni.hehe yelaa die punye mahal..sanggup tu saya pergi ke Batu Pahat, semata-mata nak beli set ni.kat Pontian tak de Amway shop.huhu so terpaksalah cari kat BP.
Haa, sapa2 lepas ni masih tak tahu nak cari set lepas bersalin pe, saya syorkan Amway..hihi. boleh order kat saya kalau nak :P tak pon p daftar jadi ahli amway...kuikui..tetibe terpromot Amway kannn.. taklah, saya bukan nak bisnes amway..saya jadi ahli sebab nak pakai utk diri seniri je. :)
Friday, May 18, 2012
kisah seterusnya
![]() |
| Hari-hari darah Harish diambil..sian kan, ini tangan comel die |
![]() |
| Harish tidur bawah lampu biru |
![]() | ||
| Harish tidur tak pakai baju...hehe |
Empat hari di hospital sangat tak seronok. Kalau boleh nak balik cepat-cepat.tapi kuning Harish kena turun bawah 14 baru boleh keluar..Hari-hari daddy Harish datang.dialah kekuatan saya..if dia tak datang melawat kami rasa macam sedih je..walaupun kat hospital, bukannya nurse jaga kita all the time..tapi bila daddy Harish datang, dapatlah dia tolong saya jaga Harish dan jaga saya sekali.
Bila dah balik rumah semula, memang saya and bb belum betul-betul stabil...2 minggu lepas bersalin macam2 dugaan.tapi alhamdulilah sekarang saya dah sihat dan boleh senyum and bergelak ketawa :D thanks daddy sebab sabar jaga mummy and bb..thanks juga to my mak and abah and semua family sebab faham keadaan saya.esp mak yang baanyakk bersabar menjaga saya and baby time pantang nih.thank you mak,, love you so much.
Sunday, May 13, 2012
welcome to the world!
assalamualaikum
sunyi sepi je blog ni kan (bunyi cengkerik)....lama blog ni tak berupdate. ini disebabkan tuan punya blog sedang berpantang. sekarang ni baru terasa nak mengupdate blog dengan berita terkini..cewahh.
18 haribulan April 2012...pukul 8.59 pagi, lahirlah seorang putera bernama Muhammad Harish bin Mohd Hazam ke dunia ini. selepas mummy nya berjuang selama lebih kurang 3 jam dalam labour room tu. pheww.
kisahnya begini...
malam 17.04.2012..
sedang menyiapkan assignment yang hampir nak siap tu..perut rasa sakit-sakit. rasa sakit perut yang kerap. ini tak boleh dibiarkan.nurse kate kalau dah rasa sakit perut tu, kena terus g hospital. malam tu saya plak asik kencing je. da rasa takut ni, nak bersalin kah aku? (cakap dalam ati)...erm p masuk bilik kejutkan husband, nangis2 cakap nak g hospital.sebelum tu tanya mak dah berpuluh kali nak g hospital ke tak. mak suruh pergi je. saya nangis bukan apa, rasa sakit n takut tu yang nangis tu.. then terus kami g hospital, beg baju saya n bb memang da stanby dlm kereta.
18.04.2012 @ 12am mcm tu
nampak gayanya tidur hospital la saya malam ni. en husben kena balik uma la...so sad..tak dapat tdo ngan die :P malam tu nurse check saya..jalan baru buka 1cm..so die suh saya salin baju and p tido dalam bilik.erm bile tukar pakaian tu, mmg darah dah keluar sikit. dalam aty rasa, wahh aku dah nak bersalin ni..cuaknye.. tapi dari pagi tu..12am sampai la ke subuh..memang tak boleh tido..sakit perut yang amat sangat..bb mengeras je setiap beberapa minit. menangis and meraung dalam bilik tu dah macam ape..takde sape yang dengar..nurse pon tak boleh buat apa.rasa macam dah nak terberanak dah...huhu
pagi dalam pukul 6 kot...saya dikejutkan...nurse suh masuk satu bilik ni die nak check jalan..dah buka 4cm..die suh saya p mandi dulu and then masuk labour room. masuk labour room dalam pukul 7 macam tu..sempatlah saya texted husband cakap saya dah nak bersalin..
dalam labour room tu...Ya Allah tuhan saja yang tahu macam ne sakitnya nak bersalin tu.sampaikan masa awal baby belum keluar tu saya ada perasaan tanak mengandung lagi.tapi bile je baby dah keluar, rasa lega yang amat..then saya berubah fikiran 'akan difikir-fikirkan utk anak yang seterusnya'..hehe en husben masuk labor room lambat, die dapat tengok masa baby tu betul2 nak keluar..tak tengok dari awal.sebabnya pagi tu die pegi kerja. tak sangka saya akan bersalin secepat tu.
inilah die pic hero mummy and daddy..sayang sangat kat adik. :)
memang tak dapat nak lupakan saat-saat yang mendebarkan tu.tapi alhamdulilah saya dapat lalui semua tu.sekarang ni tanggungjawab saya dan en suami plak nak membentuk anak ini menjadi anak yang soleh. semoga adik jadi anak yang baik.amin
ps: 2 hari selepas bersalin di hospital baru bole balik..tapi kisah kami tak terhenti di situ saja.erm tunggu kisah kami seterusnya... :)
Tuesday, April 3, 2012
alhamdulilah buat mereka
melihat pada kawan-kawan yang sudah melahirkan baby,, rasa sedikit gementar pada diri. erm selamat dah mereka lahirkan baby..saya rasa masa saya pon sudah dekat..sekarang ni dah tak larat sangat nak bergerak sana-sini.agak penat dan mengah. baby pon dah makin besar.nampaklah perbezaannya bila dah 9 bulan ni. perut semakin membesar dah tak boleh disorok dah..memang pon. :P seronok tengok mereka yang dah lepas.saya ni haa taktau bila, awal ke lambat dari due datenye. sekarang ni ada gak sikit-sikit rasa sakit..huuu doakan saya selamat ye.
Sunday, April 1, 2012
sabar itu indah
sudah masuk minggu ke 36..bulan April.macam-macam boleh berlaku kan.alhamdulilah, walaupun kelengkapan belum cukup lagi, tapi sekurang-kurangnya kelengkapan yang wajib dah ada. almaklum saje lah, gaji belum masuk lagi..harapkan gaji suami je, itu pun tak cukup.tapi saya faham, and baby pun faham kesusahan mummy and daddy dia.dari mula-mula lagi kan baby? dari masa praktikum, awal mengandung..baby tak banyak ragam..mummy xde morning sickness pon.mesti sebab baby faham mummy tengah study lagi...praktikum plak tu..then,, dari mummy n daddy tak de kereta, sampai sekarang dah ada kereta.baby tak kisah pun naik moto ujan-ujan dengan mummy and daddy kan?..baby kuat...baby bertahan lagi ye..harap-harap baby selamat.tak sabar nak tengok hero mummy ni.
saya yang sabar menanti.
Subscribe to:
Comments (Atom)


















