pernah tak you all dengar dulu-dulu or even now pon ada, kalau baby asik sakit je ditukar nama? pernah tak pernah tak? saya selalu dengar dari cerita mak.tapi just setakat dengar ditukar nama jela..takde plak saya tahu ada ritual lain..ahaa, ritual apakah?
dah jadi mak ni macam2 la perkara yang tak tahu jadi tahu. macam-macam kerisauan yang melanda seorang ibu ni sebenarnya.rasanya macam tula dulu makabah kite risau kalau kita sakit.
apa yang merisaukan saya sekarang, my baby tersangatlah kuatnya menangis.tak tahulah nak buat macam na.risau sangat. so, pergi bawakan Harish ni berubat. first time pergi dengan bidan ni, dia urutkan. Ya Allah, kuatnye dia menangis bila kena urut. keluar semua angin-angin dalam badan Harish.macam orang tua angin nya..bidan yang urut tu, urut and keluarkan angin dari mulutnya (mulut mak bidan ye). sebenarnya Harish tak pernah berurut, masa dalam hari tukang urut cume urut saya je..baby tidak.cos die tak pandai urut bayi and die bukan bidan. susah nak cari bidan kat kampung saya ni (nama je kg, bidan pon susah nak cari..haha).
then, for the second time pergi berurut dengan bidan yang sama, diurut lagi, ada kurang lah anginnya. then ditukarkan nama, jadi Muhammad Azid..inilah ritual yang saya nak ceritakan tu..ini amalan orang Melayu, kalau bayi yang selalu sakit2 or ada problem mungkin disebabkan nama tidak serasi. semalam saya jual anak saya kepada mak bidan, mak bidan beli then dia serahkan kembali anak tu kepada saya untuk dijaga. kira Harish ni dah jadi anak angkat kepada mak bidan..siap dikasi nama lagi. itu jual anak.
ada yang saya dengar cerita dari mak..orang buang anak.bukan buang anak dlm sungai ke apa. ini cuma simbolik je. anak tu dibuang or diletakkan di mana-mana tempat, then orang lain akan ambil, pungut or kutip anak tu dijadikan anak angkat dan diberi nama. Sebagai contoh mcam pakcik saya..'dibuang' dan diberi nama..Pungut n Kutip (ada 2 orang pakcik). Sampai sekarang saya panggil dia Paman Pungut and arwah Paman Kutip.
saya cuma nak anak saya sihat je..saya nak dia cepat-cepat sihat and tak nangis-nangis lagi. nangis dia bukan nangis biasa,, luar biasa nangisnya, macam kena pukul..entahla saya tak tahu kenapa.sedih bila tengok anak kita nangis je..mungkin dia sakit..tu yang dia nangis, tak tahu nak cakap jadi nangislah. saya harap bila dah habis pantang ni, Azid baik. doakan ye kawan-kawan.