Wednesday, November 28, 2012

penat yang best

so sleepy selepas seharian jaga Azid.pheww! siang tadi Azid susah mao tido.selalu senang je nak tido siang, tapi siang tadi golek punya golek, kelek punya kelek, dia tak maO tidoQ...haha after Maghrib tadi barula Azid tido.hai laa...gini la jadi mummy kan? tak cukup tidur tu memang dah biasa lah.. tapi semua tu hilang bila tengok si Azid ni senyum dengan lesung pipit yang dalam.hihi.

Friday, November 23, 2012

update status Azid

assalamualaikum
lama mummy tak update blog ni..dari sepi tanpa brita meh la mummy update sikit pasal Azid..eceyy mummy sekarangg!

Azid sekarang sejak dah 6 bulan baru nampak warna kulit yang sbenar..ahaha..sbelum ni tak berapa nak cerah..tapi now orang cakap di macam anak cina.mata sepet.heheh ikut sapa lah tu...mummy and daddy dia takde macam cina pon.ekekeke! tengok sajelah pic yang bawah ni..mat boongaa! ini smua angkara sepupu dia Cot yang dukung tu..comey plak anak mummy ni ada flower kat bunga..tapi ingat! Adik boy tau! :)


si bambam...memang rasa nak geget, cubit2 je pp budak tecik ni.FYI berat Azid masa 6bln 8.3kg..untuk 7 bulan tak timbang lagi.lepas 6 bulan check ke klinik 2 bulan sekali.sebabnya Azid tak de masalah brat badan. sentiasa menaik, tapi tak obes ye..cantik je perkembangan graf Azid.


 Azid dalam usaha untuk merangkak.tapi lum pandai lagi..takpe, slow2 dear. lama-lama nanti msti pandai.bila dah pandai jalan nanti mmy n ddy ajak g jogging taman ey..hehe.sebenarnya nak ajak teman mummy exercise, almaklumlah berat skarang dah 59kg.huhu..terasa berat plak.

oklah, nak sambung wat kja sikit.smentara Azid tidur tu yang update blog kjap.Live update dari Sanglang lagi uuu..uma my MIL.hehe

Thursday, October 18, 2012

short update

Azid da 8.3 kg..semangat anak mummy sekarang.hehe harap-harap Azid sihat. malam tadi dia asyik  menangis tak tahu sebab apa...huhu sian Azid.

Monday, October 1, 2012

si manja dah ada gg!

my syg sudah nak tumbuh gg..mula2 tu just nampak satu titik kecik pada gusi Azid..but today I noticed ada 2 btg gigi Azid nak tumbuh.patutlah semalam badan dia dedar..mcm nak demam.merengek,manja bukan main..haihh smpai tak larat mummy nak layan.huu biasa memang macam tu la...time malam je nak dukung dulu, kasi minum susu, sampai mummy pon terlelap sebelah Azid. sedar-sedar dah tertido smpi tengah malam.siann daddy Azid balik keje malam mummy dh tito....huisshh kepenatan yg amat dr balik sekolah smpai ke malam jg si kecik ni...tu baru sorang.tatau lah bila anak dah rmai nanti..heh :)

ps.congratulation to my friends yang dah nak dapat anak lagi..and ada dah 2 pon anak die..waah, rezeki masing2 kan? me? oo, tunggulah si azid ni besar dulu, baru lah pk nak dapat adik lagi...ngee~

Saturday, September 29, 2012

si comot yang comel


suka tengok pic ni..gembira je si kecik ni.bukan senang nak snap pic die macam ni. Azid ni susah nak senyum..muka serius je, contoh mcm gba kat bawah ni. so bile senyum sikit memang nampak lah lesung pipit die yang dalam tu..erm ikut sape? saya kot! hahah tapi orang tanak mempercayainya. yela saya kena senyum lebar dulu baru nampak lesung pipit.tak macam si Azid, die sikit je senyum dah boleh nampak.

si comot yang comel :)

Saturday, September 22, 2012

cerita malam

melihat si manja Azid tidur sangat membahagiakan...good nite everybody. :)

Sunday, September 2, 2012

my kesayangans


dah lama tak upload this blog yang  satu. erm tetiba pagi ni terasa nak update plak. of course la nak ceritakan tentang my little precious yang sorang tuu. cek tatau nak habaq lagu mana dah...haihh..tetibe terloghat utara plak...Azid sekarang dah banyak perkembangan yang boleh dilihat.sekarang ni dah boleh meniarap dengan seniri and dalam percubaan mengangkat badannya yang sihat tu. tangan dia menongkat badan..sat g da boleh nak merangkak kot...heee tak sabar mummy nak tengok Azid merangkak..yang bestnyer bile tengok Azid senyum...comel,, nampak gusi jer, and lesung pipit yang dalam.hihi 

ni la kesayangan hamba.  2 2 i sayang tau..daddy and Azid. daddy plak nampak cute..si Bambam Azid ni serius la pulak...heheh

 

Sunday, July 1, 2012

ajid beco daa :)

Salam Ahad semua! 

lamanya tak update blog ni. sekarang Azid tengah tidur dalam buai..dah beberapa hari ni dia selsema plak. hari tu macam dah baik, tapi malam tadi dia asik nangis je..then pagi dalam pkul 3 pagi pun nangis lagi.mungkin sebab hidung dia tak selesa, ada hingus. baby,, mana tahu hembus hingus kann..Jadi, apa lagi,, daddy dia sedut lah hingus Azid..waktu malam and 3 pagi tadi.erm sayang daddy Azid..tak geli pon. bisik kat Azid, jangan nakal2 tau nanti dah besar. :)

ini gambar Azid yang senyum..susaah betul nak tengok Azid senyum masa awal-awal dulu. mana taknye..nangis je lebih dari senyum. time dia tengah senyum hp tak de di tangan, kadang tu bila kita dah standby hp nak snap pic dia senyum..tak senyum2 lah plak si Azid ni..haish..hihi


Mummy nye pon nak inteprem gak..hihi Azid ikut muka saya tak? tang mata dia tu mmg sepetlah. mak kata mata saya sepet time kecik2 dulu. lagi satu kan..si Azid ni ada lesung pipit tau..2 belah pipi die ade lesung pipi..belah kiri die lekuk paling dalam..orang semua kate ikut sape. then saya cakaplah ikut saya ade lesung pipit sambil senyum.tapi semua tanak mengakui yang kat pipi saya ni lesung pipit. hahaha jelezz la tu. nantilah ada masa saya kasi tunjuk lesung pipit tu. :P
ps: tak sangka Azid dah muat pakai baju ni..dulu rasa baju ni macam besar je..now dah muat..dah besar dah anak mummy ni..love you darling.

Friday, June 15, 2012

my sleepless night

another sleepless night..uhuuu..so tired and sleepy..ginilah kalau dah jadi ibu ni.memang tiada masa untuk 'tidur untuk kecantikan' lagi dah..my baby, masa tidurnya tidak menentu.siang dia tidur lama, malam dia berjaga..pukul 2 baru tidur.oh my......malam tadi dah tak larat dah rasanya, dengan badan demam..so, lepas berjaga..have to pass the baby to my hubby..dia plak yang tidurkan..and bila dengan daddy pon dia tanak tidur gak..harus beri pada the 'master'...haha my mom lah..siapa lagi..kalau tak de emak tak tahulah macam mana.

ini si bambam saya....maaf kadang mummy dah tak sabar sangat,Azid tanak tidur and menangis je, kena pukk gak si bambam ni..sian Azid. 

ahaa, ni nak share pic time kenduri doa selamat and aqiqah Azid..cucu-cucu baru emak bergambar sama2..tahun 2012 ni makabah kaya dengan cucu..hihi

 dari kiri Muhammad Ali Nasarudin, Muhammad Harish & Zinnirah. besar lebih kurang sama je kan?



 pagi tadi pergi check kat klinik, berat Azid dah 5.5 kg and tinggi 60 cm.overall perkembangan Azid bagus..graf pon cantik naik.keep it up Azid! cuma janganlah kuat nangis lagi..malam untuk tidur tau, bukan untuk berjaga.

Tuesday, June 5, 2012

bulan 6

it's June!! how time flies...uhuu.~



now i have a hapi family.alhamdulilah, thanks to Allah. :)

tatau nak ckp macam ne...rasa life sekarang dah sempurna..i've my own family,, i've my job..alhamdulilah. maybe adalah sikit-sikit yang perlu di 'upgrade' in future, insyaAllah.sometimes bile tengok orang lain rasa ada sikitlah jeles dengan life dorang yang sangat bertuah...yelah bertuah dari segi macam2 lah.huhu tapi bila fikir2kn balik, saya perlu bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang Allah beri rezeki yang tak ternilai buat saya. saya rasa lebih selesa dengan kehidupan yang sederhana ni. and bersyukur juga kerana saya dpt bersama dengan orang-orang yang saya sayang..

bila ingat-ingat balik, baru bulan April lepas...dapat status baru.status as a mummy. saya dah lalui saat berpantang (awal-awal) yang sangat menguji kesabaran saya. masa tu betul-betul rasa stress and down. pengalaman pertama la katakan. after this pasti saya akan lebih well prepared in everything, huhu.terasa diri ni sangat menyusahkan orang di sekeliling, esp my husband n family..erm, saya bukanlah seorang yang penyabar..so, boleh imagine tak macam ne org di sekeliling sy menjaga saya? tentulah mereka terpaksa bersabar dengan karenah saya yang tengah sakit2.huhu

sekarang tengah belajar jadi seorang yang penyabar..memang sangat susah, tapi saya akan cuba. dulu sebelum jadi cikgu saya selalu terfikir, boleh ke saya jadi seorang guru yang penyabar melayan karenah anak murid yang macam2..erm mmg susah, tp lama-kelamaan bila saya cuba kawal kemarahan..dptlah sikit jadi seorang yang penyabar dengan anak murid.tp kkdang tu, ada gak terlepas jadi singa dalam kelas..haha now sekarang dengan anak...memang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi..esp bila anak kamu ialah seorang yang sangat kuaat nangis, tak kira masa..uhuuu...everything i have to adjust myself, for eg masa tidur, makan semualah...mula2 memanglah tak biasa sangat.sampai sekarang pon masih lagi mencuba..huhu susah gak nak jadi seorang ibu..but i really amazed with my mother, cos she can handle everything from early in the morning till at late midnight..saya harap saya akan jadi sekuat and seikhlas my mother.




Thursday, May 31, 2012

apabila bergelar ibu

dah jadi ibu ni antara kewajipan yang perlu dilaksanakan ialah menyusukan bayi. dalam banyak-banyak susu bayi, susu ibulah yang paling mahal dan berharga, bukan susu Enfagrow, Anmun, Gain Plus etc..huhu  betul tak ibu-ibu semua? kewajipan menyusukan bayi ni ada disebut dalam Al-Quraan

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.." (Surah al-Baqarah 2.233)

Alangkah seronoknya bila seorang ibu itu dapat menyusukan anak dia selama 2 tahun.tentu rasa puas dan bahagia sekali. Semasa mengandung saya diberi pendedahan tentang susu ibu..penyusuan secara exclusive..iaitu bayi diberi minum susu ibu sahaja selama 6 bulan..and macam2 lagilah yang nurse bagi tahu ttg kebaikan susu ibu ni. and i think semua orang pon tahu tentang kebaikan susu ibu ni.

ok, gambar di bawah ialah hadiah buku tentang susu ibu yang saya dapat daripada my beloved friend. Ada macam-macam info yang berguna dalam buku ni esp untuk para ibu n bakal ibu.utk bapa pon bagus gak buku nih.
 

Terima kasih pada kawan saya Juhana yang bagi saya hadiah buku ni. Bila saya baca buku ni terasa sedih sangat tak dapat nak bagi baby saya fully susu ibu. Now, my baby minum susu badan and susu formula..dah campur dah. At first memang nak kasi dia susu ibu jer..2 minggu lepas bersalin memang Harish minum susu badan je. Sebab die kena jaundise, saya mmg kena kasi dia minum susu banyak2 supaya kuning die cepat hilang.tapi agak lama jugak lah jaundise die, dah 15 hari pon masih ada kuning lagi. dah cuba macam-macam tapi still tak berkesan. at last, saya kasi die susu tepung,, then die buang air, barulah kuning die turun. erm start from that saya kasi die minum susu formula..

sebab nak sembuhkan penyakit kuning Harish, terpaksa lah beri susu formula. then bile dah baik tak perlu dah beri susu formula.tapi anak saya jenis yang kuaat sangat menangis, dan kuaat minum susu. kadang-kadang bila beri susu badan dia asik menangis and macam tak puas je minum. so terpaksalah jugak saya bagi die susu formula ni. jeles betul bila tengok orang boleh perah susu and simpan susu dalam kuantiti yang banyak..berbotol-botol. saya paling banyak pun sehari boleh simpan 5 auns. tak banyak mana 5 auns tu..sebab my baby kuat minum susu..5 auns tu sekali minum jaa..tapi bila dapat perah susu, 5auns tu saya rasa gembira sangat..kadang perah dapat 1 auns je pon saya rasa seronok, sebab dapat beri baby susu saya.

doktor memang nasihatkan saya bagi bayi susu ibu..tapi dia tak tahu keadaan yang sebenar saya hadapi. sekarang ni apa yang saya boleh buat ialah beri susu badan sebanyak yang boleh. kurangkan susu formula. ada beza tau anak yang minum susu ibu ni dgn yang x minum susu ibu. antaranya ialah anak kita lebih cerdik, rapat, lebih mendengar kata dll..it's true, saya ada 4 orang adik beradik..3 orang adik beradik mak beri minum susu badan selama 2 tahun..cume sorang kakak saya ni mak beri mnum susu badan selama 6 bulan..dari segi IQ mmg kakak saya yang sorang ni tak berapa dalam study. 


apa-apa pun saya berharap saya diberi kekuatan untuk beri bayi saya susu badan.and berharap anak saya dah tak meragam sangat.so boleh beri dia susu badan tanpa masalah.