Thursday, February 27, 2014

pejam celik

Assalamualaikum...

Ok. Catatan utk harini.

Erm pg td repeat check gula dlm drh. So mlm td puasa. See!bacaan 4.3 jerrr..x mcm semalam 8.1..mmgla semalam before amik drh melantak makan tomato.hehe

Harini try kurangkan makan karbohidrat..then mlm xmkn..huuu bole thn x ek agaknya? Mudah2n boleh bertahan


Pst; pejamcelik2x dah nak masuk 6 bulan. Jap je ms berlalu.lg 3 bulan.

ticker



wahh ticker untuk pregnancy kali ni dah ada (boleh tengok sidebar-My Shining Star).ticker yang lama masih ada..takpe..biarkan.

huu terpilih ticker pink and bb girl plak.hee tapi tak tahu lagi jantina nye boy or girl..tak kisah lah..mana2 pon saya terima.. :)

semalam masa check jantung anak..dengar bunyi jantung dia laju dan kuat..bacaan pon 175.. xnak turun2 ke 160+ haha..nurse kata macam boy lg jer...ngeee~ tak kisah lah nurse..yang penting anak saya sihat. ye dak?

Wednesday, February 26, 2014

setiap bulan ada cabaran!

assalamualaikum

untuk harini,,saya dah pon g check klinik...huhu

setiap bulan adalah cabaran yang perlu saya hadapi. takpe kadang kala tu menyeronokkan juga..sebab dapat achieve target kite.huhu pe kebenda target nye tu?

every month ada saya mission yang saya nak capai. because every month mesti ada je problem yang datang.lets flashback..pe masalah yang saya dah hadapi masa awal2 mengandung kali ni.

first time buat buku pink-berat, hb, kencing, tekanan darah semuanya hokkaay!

beberapa week kemudian nurse datang, check kat uma..detect kencing kotor and de sedikit keputihan..the same problem ms mengandungkan Azid dulu..ok fine, i admit memang kurang minum air masak time tuu.

masa 1st trimester gak, berat turun tak naik-naik dah masuk 3 bulan pn berat makin kurang..nurse suruh makan banyak..ok noted. time tu memang tak de selera nak makan..then bila da masuk 2nd trimester selera dah ada..apa lagi makan tak ingat dunia dah...huhu

HB plak..masa first preggy dulu memang problem..this time pon, takut makin turun..sebab setiap bulan check dari 13 turun 12 turun 11...so, misinya ialah nak naikkan balik HB..so pulun makan benda yang boleh naikkan hb..supplemen shaklee.susu hl marigold.sup ketam dll..haha

dan harini...amikko! mission naikkan HB sudah berjayo...sudah jadi 12 berbanding 11 sebelum ni..tapi yang tak bestnyer...berat badan naik mendadak..gula plak tinggi..hamiikk yelaa mana tahu nak amik darah untuk gula sekali..kalau tahu tadi before g klinik takde lah melantak nasi tomato,aym msk merah, daging paprik, air sunquick and susu hl!!!! haha dah sudahh esok nak kena p lagi repeat blood test utk gula..sabo jela..

mission sebelum2 ni semua dah tercapai...so untuk mission kali ni before g klinik check lg,,kenalah jaga berat bdan nih..jgn makan banyakk sangat karbohidrat..apa-apa pon my big mission kali ni ialah nak kekalkan tag putih pada buku pink saya tu..jgnla jd warna hijau ke or kuning ke..sebab yang mengandungkan Azid dulu tag saya hijau..sebab kurang HB.

so doakan saya ye utk esok! mudah2n bacaan gula saya esok turun..tengah berpuasa nih...hehe

Tuesday, February 25, 2014

aktifkan dirimu...bismillah

assalamualaikum...

alhamdulilah..thank you Alllah diberi kesempatan lagi kali ni.

alhamdulilah 1st trimester dah berlalu..kurang sedikit bimbang..but still berjaga-jaga. rasa fobia tu tetap ada. thats why lebih suka mendiamkan diri daripada bagitahu pd kawan2 n sedara-mara..if you all nak tahu phobia menda nya..boleh rujuk entri2 y lepas pasal keguguran saya. minta maaf jugak pada kawan2 yang tak tahu..bukan apa..takuttt sangat perkara yg sama berulang..

alhamdulilah..bila dah 2nd trimester ni..badan mula rasa selesa. penat sikit tu biasalah..masa awal2 dulu tak da lah alahan teruk. cuma berat turun..sebab tak selera makan. simptom2 plak...sama masa mengandungkan Azid dulu..mesti demam..and sikitlah tekak nak makan benda2 masam..then kulit muka mesti kering and berjerawat..tp itu masa awal2 lah..sekarang kulit muka dah ok..and i love it.hehe suka my skin ble dah tengah2 preggy..lessskin problem. :)

tapi sekarang ni musim panas...kena baaaaaaanyyyaaaakkkkk minum air. if saya terkurang minum air, memang kulit muka kering. alhamdulilah, bila da banyak minum air, kencing pon ok xkotor dah and takde masalah keputihan mcm first preggy dulu..

ok...itu dulu intro untuk kali ini...tungguuu update dari saya lagi kayy!

ps: esok ada  appoinment, hope hb, kencing, berat badan, tekanan darah semuaanya ok!


Tuesday, December 17, 2013

perancangan Allah


Mengenang kembali episod duka...walau bagaimanapun perancangan Allah itu yang terbaik. Sayang nak buang ticker My Lil Caliph ni..biarlah ia jadi kenangan...

Ya Allah kau lindungilah diriku dan bayi dalam kandungan ku. Berilah aku peluang untuk merasai pengalaman itu sekali lagi. Amin.

Tuesday, November 19, 2013

Friday, August 2, 2013

pantang doktor

+01.08.13+
saya dah berjumpa dengan doktor...doktor lelaki tu scan lg. ok la kut, da kosong tak de pe2 lg kat rahim sy. abis dari scan..doktor dok tulis mende tah dlm buku..and saya tunggu je ape doktor nak ckp. sebenarnya dari malam sebelumnya sy da fikir nak tanya macam2, macam ne nak pantang, kena berapa bulan baru mengandung, nak makan ubat ape..huhu..saya tunggu jela ape kan doktor nak cakap...dia tak nak gitahu terus apa yang perlu saya buat...rupa-rupanya dia nak saya yg bertanya soalan...last2 dia cakap,, ok ade ape2 nak tanye??  hoho apa lagi...saya tanya la dia, apa nak kena pantang n nak makan ubat ape...(well sebenarnya dalam ati ade satu soalan lg nak tnye...bila saya bole mengandung lg?)

AND doktor tu jawab....dari segi perubatan tak ade ape2 nak kena pantang..kalau dari segi tradisional mmg banyak pantang larang..awk ikut jela mana yg awak rasa masuk akal...heheh doktor ni...dia da cakap macam tu kan...ngehehehe...mestilah rasa suka hati ni.plak tu doktor yg cakap tu nampak warak..lg la saya percaya kan. sebelum ni dia pon nasihatkan saya doa banyak2 spy kandungan sy selamat, time bleeding dulu...AND doktor cakap boleh teruskan makan asid folik kalau rasa nak mengandung lagi. AND dia kata rehat dari mengandung dlm 2 bulan...ngehehe...2 bulan plak?? nurse cakap hari tu kena rehat sekurang-kurangnya 6 bulan...wuhuhuhu....lame tu kan..6 bulan..mana satu nak ikut ni?? :))

apa2 pon sy teruskan juga pantang sikit2 mana yg saya mampu :)

Thursday, August 1, 2013

cerita pantang

pantang selepas keguguran

ada banyak pendapat yang berbeza. mana satu nak ikut pun tak tahulah..ada org kata perlu berpantang seperti org bersalin dan ada yg kata tak perlu pun. jadi apa yang saya lakukan?? erm kalau ikutkan pada entri saya yg lepas mmg dlm family sy kurang mengamalkan pantang ms keguguran ni. ada amalkan pantang tapi tak delah ikut betul2 mcm org lepas bersalin tu..

kalau ikut kan hati, mmglah nak ikut pendapat yg 'tak perlu berpantang sgt'..ngeh3x..tp pikir2 balik, utk jangka masa panjang..perlu jugalah jg pantang..ini semua sebab hasil saya meng'google'...banyak jumpa info2 yg menarik ttg berpantang ni..kesimpulannya..saya ikutlah juga, mana yg mampu. mmg nurse nasihatkn saya berpantang selama 2 minggu..

ini ialah antara info yg buat sy sentap nak pantang betul2...hihi sumber sini


" Berpantang untuk wanita yang keguguran adalah lebih serius dari berpantang untuk wanita yang bersalin normal, hatta bersalin pembedahan. Sebab keguguran itu diibaratkan seperti buah mangga muda yang belum masak, direntap dari dahan. Manakala bersalin adalah seperti proses dimana buah mangga masak itu gugurnya secara sendiri."


1. Ibu keguguran tidak boleh bersejuk. Berkipas atau ber air-con adalah pantang yang besar. Sentiasa memastikan badan dalam keadaan panas.

2. Ibu keguguran tidak boleh terkena hujan hatta sepercik. Kerana air hujan ini bisa untuk ibu keguguran dan boleh meyebabkan bentan. Bentan urat dimana hujung lutut akan bertemu hujung dagu dan ibu akan menggigil kesejukan walaupun sudah diselimuti berpuluh selimut tebal.

3. Ibu keguguran dilarang bejimak dengan suami
dalam tempoh tertentu. jika usia janin ada 3 bulan ke bawah, maka pantang suami HARUS 30 hari. Jika janin berusia 3 bulan ke atas, eloklah berpantang suami selama 44 hari.

4. Jika usia janin yang gugur melebihi 3 bulan, maka di haruskan ibu berpantang itu berpantang seakan-akan orang yang bersalin, malahan lebih tertib lagi. Tidak digalakkan kerap bergerak untuk mengelakkan tumpah darah dan pitam. Yang terbaik dilarang keluar dari rumah selama 44 hari berpantang.

5. Pantang makan untuk keguguran:

Makanan Berangin- Ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.
Makan Sejuk serta Menjalar - Labu, Kangkung, Kacang Panjang, Timun
Buahan-buahan sejuk - Semua buah tempatan
Ikan berbisa: ikan berduri, terubuk, bawak hitam, sardin, pari
Dan segala makanan laut


Wanita yang tidak menjaga dirinya ketika berpantang keguguran, dia akan:

Tua wajahnya sebelum usia
Lemah tenaga syahwatnya yang menyebabkan kedinginan untuk bersama dengan suami
Susah untuk mengandung lagi
Banyak masalah peranakkan seperti tiba-tiba ada ketumbuhan dalam rahim seperti cyst, fibroid dan juga kanser(untk tahap yang kronik)
Akan mudah gugur lagi
Senang terkena meroyan yang akan terbawa-bawa hingga mencederakan anak sendiri.
Emosi yang tak stabil. Ni merujuk pada kes wanita yang kepala angin. Sekejap gelak. Sekejap nangis. Sekejap marah.
Mudah letih
Badan senang lenguh2. -lutut, tumit,pinggang, ari-ari.


*****************************

#okayy..so scary kan??  ada cerita scary dr org kg sy...org yg tgh pantang keguguran ni tak boleh jatuh or tersadung kaki ke ape. pd mula tu, org kg sy ni Cik A (bukan nama sebenar) mmg tak percaya langsung lah apa yg disampaikan. sehinggalah dia gugur ank kedua and dia terjatuh n tumpah drh..barulah dia percaya..sebab sejak dari tu dia tak boleh mgandung lg...cerita ni pon mak sy yg sampaikan ..mak suruh saya berhati2 jgn smpi jatuh..even dah agak lm tmpoh berpantang kte. so berhati-hatilah ye.

mood berpantang

sekarang sedang dalam mood berpantang...katanya...

FYI,,saya sudah melengkapkan tradisi miscarriage dalam family saya.senang cerita..dari emak dan 3 orang kakak saya semuanya pernah mengalami keguguran. kakak first and second saya 2 kali gugur,,and kakak yg ketiga sekali sama macam saya..bukan kita minta kan..tapi dah itu kehendaknya..so kita terima jela kenyataan dengan penuh sabar...percaya dengan hikmah disebaliknya.

ini nak cerita bab pantang berpantang ni..heh. memang saya macam2 dengar tips orang berpantang ni..mula yang saya tanya ialah mak saya...cara pantang mak saya ialah...dia cuma berpantang makan dari benda-benda yang sejuk je..and jangan buat kerja berat2 dulu..macam tu juga dengan Along saya. lepas saya tanya mak..saya tanya Along pulak..dia kata bedal je makan ayam..dia dulu pun tak pantang sangat..hehe  mana satu nak ikut ni kan? kawan saya mmg pantang betul2..

so, saya tanya plak kakak saya yang no 3 ni...saya tanya dia macam mana plak cara dia berpantang...heh. dia cakap kena pantang betul2..ms dia gugur dulu dia makan jamu org bersalin. and makan pun makan makanan org berpantang...heh. alamak,, nak kena beli jamu segala bagai ke? aduihh...

so, saya pon nak kena berpantang jugak kan? kena lah cari ikan haruan ke..nak kasi sembuh dalaman..err, malas la plak nak cari ikan haruan kan..terpaksalah cari alternatif lain..erm pati ikan haruan..sanggup kah? so, saya yg kononnya ala-ala org bandar ni, macam kat kampung tak de ikan haruan je kan nak cari, pun beli lah pati ikan haruan..saya cuma pernah dengar pati ikan haruan polieney jer, ala yg Fauziah Latif dutanya tu..erm tapi bila pergi guardian ada plak jenama lain iaitu Harwany..siap ada gmbar imam muda Asyraf lagi..apa lagi saya grab jek lah..sbb dia kata ia disahkan halal oleh JAKIM kan..so tanpa rasa was-was saya beli yang nih.

 okey..masa first time saya rasa..macam kicap.mcm okey je..tapi saya teruskan jugak..erkk..tak tahan la..adeyy.tapi habiskan juga.nak sihat punya pasal kan? he

see perbandingan antara pati ikan haruan harwany dengan pati berry innershine..sangatla beza kan. kalau innershine senang je nak telan.yela manis2 masam kan rasa nye..tapi pati haruan ni..aduhh..tahan jele..sy tutup hidung and telan...nak sihat kan??


okeyy..ini cite berpantang saya..sy belum tanya lagi kakak saya yg no 2 mcm ne cara dia pantang..so saya tanyalah dia jugak.saya cerita kat dia saya pantang mcm ni, minum ikan haruan semua, sy cte kat dia lagi, kakak sy y no3 beli jamu segala bagai ms dia gugur dulu..kakak saya yg no 2  ni apa lagi..gelak2 la kat saya time sy cite..dia kata buat pe nak pantang mcm tu..bukannya keluar anak satu..lain la kalau gugur keluar anak dah besar tu mmg kena pantang mcm orang bersalin..hee

see..dalam family sy mmg pantang time gugur ni tak berapa nak amalkan sgt..pantang juga..cuma taklah macam org bersalin tu..cuma kakak saya yg no 3 tu jelah, take seriously berpantang ni.so, saya berpantang dari makan benda2 sejuk, saya pakai stokin n bju sejuk, tak buat kerja-kerja berat and saya rs macam nak berurut juga, nk kasi segar kn badan ni...


Wednesday, July 31, 2013

keguguran # part 2

+28.07.13+

keesokan pagi, saya bersiap untuk pergi ke hospital Pontian. sebelum pergi ke hospital suami saya tanam lah bungkusan malam tadi..sempat juga dia buka bungkusan tu sebelum tanam...

sampai je ke hospital..sy terus masuk ke satu bilik..nurse amik darah..kemudian doktor check  dan scan..masa doktor check tu, dia ada masuk kan sesuatu di bawah dan mmg bab2 ni saya tak suka lah..sebab sakit kan..then bila di scan...hasilnya seperti di bawah...


doktor kata sepatutnya saya bawa pad yg ada mcm daging or perut ikan tu..kasi tunjuk kat dia.tp masalahnya suami saya dah tanam..cuma saya boleh ceritakan lah bentuk n keadaan dia macam mana. so, doktor pon bagi tahu yang da compelte miscarriage n empty uterus pada laporan..tp dalam hasil scan tu, saya nampak macam de bentuk kantung bb lg...tapi saya tak tertanya lah plak kan..sebab nurse saya kata kalau dia da gugur akan keluar mcm bentuk bulat iaitu kantung bb. erm tapi tak delah plak kan... 

erm, tapi bila petang tu,, masa sy buang air kecil...ada sesuatu yang keluar..saya terkejut dan kagum seketika dengan ciptaan Allah. sesuatu yg bulat keluar...iaitu kantung baby. orang yang pertama saya tunjuk ialah mak sy kemudian suami saya.


Mak pun baru pertama kali lihat. walaupun dulu dia pernah gugur..dia tak pernah pon nampak kantung bb macam tu..memang kecil lg..suami saya pon tanamlah di tempat yang sama. saya tak sangka..bila saya rasa baby saya dah tak de..rupanya dia masih ada bersama saya lagi..dia kasi sy peluang utk lihat rupa bentuknya..saya keguguran masa kandungan berusia 2 bulan.

bukan rezeki saya..tapi syukur alhamdulilah..Allah hadirkan saya perasaan indah dan gembira dengan kehadiran bb kedua ni..tapi tak pelah saya yakin..Allah akan beri saya rezeki lg.

keguguran # part 1

bila 4 kali berjumpa doktor...sudah 2 kali di scan..tapi masih sama keputusannya..saya diminta bed rest. tp bed rest saja pun masih tak boleh buat darah saya berhenti keluar. saya cuma dapat berdoa je agar baby selamat. 

tapi kerisauan saya dari hari ke hari semakin bertambah. bila darah yg dr warna brownish bertukar ke fresh blood. dari cuma lendir yg sedikit hanya spotting kepada fresh blood yg ada darah beku hampir 1 pad penuh.

tiba lah pada suatu malam...

+27.07.13+
petang tu, nurse ada datang rumah check sy. dan sy ada beri tahu dia yg saya hari ni keluar byk darah. nurse mula terangkan pada saya kemungkinan bb nak gugur..sbb darah saya masih tak berhenti. dan dia juga sudah nasihat kan saya kalau gugur...dia nasihat kan saya utk 3 bulan or 6 bulan baru boleh mengandung semula..saya mula terima hakikat. tak pelah..seakan-akan sudah putus asa.

malamnya saya mula rasa seperti senggugut..FYI sy jarang senggugut waktu period..kalau ada pon tak sakit sangat.cuma rasa kurang selesa dengan perut. jadi malam tu pun, rasa seperti senggugut yg light2 je..jadi sy berbaring je la malam tu..saya dah mula rasakan..mgkin bb nak gugur..tapi saya teruskan tidur..

saya tidur sampai saya mimpikan seorang ustaz...sehinggalah saya tersedar seperti ada sesuatu yg keluar..seperti drh beku yg keluar time period..sekali..tapi sy teruskan baring..separuh sedar..ssuatu yang sama keluar...2 kali...saya teruskan tidur..kerana saya rasa sudah tidak sakit selepas tu..

sehinggalah 12.30 pagi..saya bangun, utk check..agak takut jugak nak bangun..tapi saya bangun jugak sbb nak tahu apa yang berlaku..bila saya check..saya tengok pada pad ada banyak darah dan juga ketulan daging seperti perut ikan.. satu berbentuk tiub dan satu lagi leper..saya terkejut..dan tunjukkan pada mak..mak suruh saya bungkus dan simpan utk ditanam esok pagi...

malam tu suami saya tiada..dia pergi ke JB melawat pakcik yang meninggal dunia.dia terpaksa bawa family dia ke sana utk melawat...sy tak ikut sebab saya dah rasa malam tu badan sy tak sihat.  sy msg suami beritahu sy sudah keguguran..dan saya baring n menangis..smpailah suami balik, peluk saya dan saya tertidur sampai pg..


Tuesday, July 30, 2013

bleeding again

ini gambar scan pertama yang nampak kantung baby tu. scan dibuat pada tarikh 19.07.13. saya rasa lega juga, walaupun bleeding,tp baby tak apa2..lg pun bleeding sikit je..doc advised saya kena banyak berehat, minum air byk2..jgn puasa dulu. huhu ku sangkakan dapat puasa penuh lg tahun ni,,nampaknya tak dpt laa..

+23.07.13+
saya masih bleeding lagi..huwaaa stressnye rasaa..pergi jumpa doktor swasta lagi..igatkn kali ni nak minta ubat lah...tp rupanya kt klinik tu, tak de ubat utk kuatkan rahim ke..apa2 saje lah yg boleh stop kn darah ni..yg saya baca dlm internet ni, de doktor yg kasi ubat...tu yg saya pelik, kenapa saya doktor tak kasi ubat. ermm...so kali ni saya pon di scan lg.dan ini lah hasilnya scan itu.

hasil scan..pada scan yg pertama EDD or due date bersalin saya lebih kurang sm dgn buku rekod kesihatan saya iaitu 07.03.13 n sudah 7 minggu..tapi scan yg kedua ni EDD nye lari jauh...30.03.13 n jadi 4w 2d plak..sepatutnya saya da 8 minggu...erm tp ikut pada saiz bb meningkat..dari 9.4mm kpd 12.3mm.. ermm ntah lah ye..saya pon tatau nape jd macam ni..maybe mesin scan tu pening kot..

+24.07.13+
tapi saya tetap tak puas hati..sy msg nurse KD sy..sy mnta nak jumpe doktor...harap2 doktor dpt bagi sy ubat..tp nurse sy da remind sy,doktor mmg tak kasi ubat pe2 pon. tp dia suh saya pergi je jpe doktor, tgk apa doktor ckp..okay...saya pon pergi lah pd tarikh berkenaan ni.  Jumpe doktor klinik kesihatan yg lain dari yg 1st appoinment..kali  ni, doktor lelaki...haih tak pernah nampak pon doktor ni..

again,,saya di scan..tp scan di kk ni sgt annoying..dari yg 1st scan hari tu..tak nampak2 pon bb...pdahal saya scan di luar boleh nampak je bb dalam tu..huhu tak nampak jugak. doktor cume suruh saya bed rest..dia tnye saya nak tak msuk wad..jwapannye mestilah tak laa.sape yg nak duk kt wad..bukan ape..sape nak jg si kecik tu..sian plak kat mak nak jg Azid je..so sy pon just ambil langkah tunggu dan lihat je.

to be continued...