Wednesday, November 30, 2011

nak makan nasi ambeng!

sekarang ibu mengandung mengidam nak makan nasi ambeng..huhu bila la boleh dapat ek, nak tunggu kenduri baru ada nasi ambeng..punyalah nak makan kan, sampai malam tadi tanya anaksedara yang baru balik dari yasin, ada bawa balik nasi ambeng tak? huhu tak malu kan?

dengar-dengar kat kampung saya ni pagi-pagi ada orang jual nasi ambeng for breakfast. RM3 sebungkus...nak suruh abah belikan lah! hehe tak tau nape mengidam sangat. harap-harap kenduri rumah nenek Khamis ni, dia buat nasi ambeng.haha suka-suki je demand.


Tuesday, November 29, 2011

lawatan Misi Ani ke rumah :)

Kak Ani hari ni dia datang check saya di rumah..2 hari lepas saya dah buat check up bulanan di Klinik Desa (KD)..macam biasalah dia nak check kepekatan darah, urin,berat badan.erm berat badan saya kali ni cuma naik sekilo je, iaitu 56kg..huhu orang tak kuat makan memang macam ni..

Nak cerita masa Kak Ani datang ke rumah hari tu, macam-macam lah dia cerita...check tetap check lah...yang buat saya rasa teruja ialah, dia letakkan stateskop kat perut saya..nak dengar denyut jantung baby..wahh dah boleh dengar ke??hehe saya nak dengar jugakk! then Kak Ani ada tanya, ada rasa baby bergerak tak?ohh lagilah saya surprise, dah boleh rasa ke baby gerak2? hihi rupanya dah 4 bulan mengandung ni, boleh dah rasa baby gerak2..tapi tak delah kuat and kerap sangat..semua tu buat saya rasa excited and tak sabar sangat nak tunggu baby kuar..hehe padahal ada lagi 5 bulan. :)

Biasalah kan bila berjumpa dengan nurse yang merawat kita, macam-macam dia akan tanya pasal kesihatan kita. so time ni lah saya akan bercerita masalah yang saya hadapi...tapi so far alhamdulilah, tak de sampai yang serius sangat..cume mungkin saya kena banyakkan makan and minum air..sekarang awal mengandung hemoglobin masih pekat, sebab baby kecik lagi...nanti dah bila baby dah besar, makin banyak dia perlukan dari kita...contohnya macam darah, dia akan ambil 3/4 daripada badan ibu..ibu cuma dapat 1/4 je...sebab tu ibu mengandung kena ambil banyak makanan yang boleh menambahkan kepekatan darah.

So, tiap kali jumpa Kak Ani, mesti dia akan pesan pada saya makan 6 kali sehari...6 kali sehari...6 kali sehari...huhu....yelaa...saya akan cuba makan..lepas pada Kak Ani datang rumah, terus petang tu saya pergi mini market gi beli makanan2 apa2 yang patut..untuk mengelakkan daripada kelaparan di rumah..biskut, roti, semua tu mesti ada...hihi..

sekian update dari saya ^^

Tuesday, November 22, 2011

sekilas update

assalamualaikum <3
lama tak update di sini. erm buat pengetahuan semua sekarang ni saya masih menunggu saat-saat menghabiskan kursus.lepas ni saya da boleh tinggal di rumah berehat.saat ni la yang saya nanti-nantikan selama ni.tinggal esok je lagi.

FYI, sekarang ni saya kurang sihat..asik batuk-batuk je..malam je mesti batuk.lambat betul nak baiknya.nak makan ubat batuk tak boleh sebarangan. esok, saya akan pergi ke klinik, ade check up lagi..doakan saya and baby sihat ye.

Sunday, November 13, 2011

snek ibu mengandung

kan best kalau suami saya tokei besar pasar raya Giant. amek je nak barang ape.hehe boleh ke macam tu?

berjalan-jalan di Giant Southern City, nak cari snek yang berkhasiat ( kunun )

susu Marigold HL ( wajib ada )

yogurt drink ( saje beli sebab muak jugak asik minum susu je )

cereal
( tapi saya tak beli yang ada dalam gambar ni, konon nak test brand baru )

dan hasil dapatan saya!
kalau dulu snack kegemaran mest Mr Potato, twisties, snicker, cadburry dll. tapi sekarang selera dah bertukar. bukan nak hipokrit ke apa tapi perlulah jaga pemakanan kan, untuk kesihatan diri dan baby. saya harap lepas mengandung pun saya akan amalkan snack ni dan galakkan anak-anak amik snack yang berkhasiat mcam ni.

makan makanan seperti bijirin, susu rendah lemak dan kekacang untuk mummy nya sudah tentulah sebab nak dapatkan bentuk badan yang sedia kala selepas bersalin nanti.hehe dan untuk anak-anak mestilah sebab nak dapatkan otak yang cerdas dan pintar.

p.s: kalau saya beli makanan macam ni, en suami pun tumpang makan jugak, suka betul dia makan snack macam ni.i wonder sape yang mengandung ni sebenarnya?hehe tapi bagus jugak dia suka, sebab mestilah dia akan belikan lagi untuk saya dan dia juga. :P

Saturday, November 12, 2011

curhat

saya sedar saya tidak banyak pengalaman tentang amalan dan panduan semasa hamil dan juga bakal seorang ibu.jadi melalui pembacaan dan bertanyakan daripada pengalaman orang lain, serba sedikit adalah ilmu pengetahuan yang saya dapat. catatan saya di blog ini hanyalah perkongsian ilmu dan juga pengalaman yang cetek dari saya. andai kata saya ada mengeluarkan fakta-fakta yang salah, tegurlah saya. atau pun anda ingin berkongsi pengalaman dan nasihat-nasihat yang berguna,, saya amat berbesar hati dan menerimanya dengan hati yang terbuka. saya juga mengharapkan sokongan dan doa dari kalian supaya proses kehamilan saya buat pertama kali ni berjalan lancar.

p.s: mood sekarang sedang search blog-blog segala yang berkaitan tentang pregnancy.harap-harap menjadi panduan yang berguna buat saya.

Friday, November 11, 2011

breakfast mummy ^_^


saya cuba mengamalkan sarapan yang berkhasiat setiap hari. sejak mengandung ni la kan.hehe ok nak tahu apa yang saya makan setiap pagi? setiap pagi saya akan minum susu marigold HL bersama nestle cereal. erm kadang-kadang tu honeystar, coco crunch and cereal milo. sarapan ni jela yang sempat saya makan sebelum pergi ke kelas.senang dan cepat, cuma tuangkan susu dan nestle cereal. tapi sebenarnya sarapan ni saya makan bila saya berada di hostel je..hehe tapi kalau dah kat rumah tu,macam-macam sarapan boleh masak! nasi goreng la, lempeng lah, jemput-jemputlah...ehehe. tapi tak elok jugak kan sebab makanan tu semuanya berminyak, tak baik untuk kesihatan dan baby juga. :)


kenapa saya pilih susu HL? baca ni..

MARIGOLD HL Milk has the perfect balance of nutrients for everyone in the family. High in calcium and protein, low in fat and lactose and fortified with 9 essential vitamins (A, B1, B3, B6, B12, C, D, E and Folic Acid), MARIGOLD HL Milk provides 56% more protein than ordinary full cream milk. This perfect balance of highs and lows makes it an ideal choice to supplement your healthier lifestyle. MARIGOLD HL Milk is available in 3 delicious variants - Plain, Chocolate, and Strawberry. ( source )

minum susu ni kadang-kadang buat saya rasa muak..tapi tak delah tak suka minum susu..ade orang tu tak suka minum susu langsung! lagilah dahsyat. buat masa sekarang ni saya masih survey2 lagi susu brand ape yang bagus dan best untuk diminum oleh ibu mengandung...Enfamama ka? Anmum ka? or Dumex? mmm, sebab saya ni bukannya suka buat air untuk minum sendiri...sebab itu HL jadi pilihan,,tuang saje..hehe lagi bahagia kalau en suami yang tolong bancuhkan susu..pemalas betul kan? :)

Thursday, November 10, 2011

pregnancy test kit

dalam entri saya + 08.09.2011 + saya ada berceritakan serba sedikit tentang pengalaman pregnancy test saya. saya memang first time beli pregtest ni, sebelum2 ni memang tak pernah beli utk diri seniri or untuk orang lain,yelaa buatpenye kan kite nak beli pregtest ni?huhu so for the first time i bought this pregtest kit, macam biasalah pergi ke kaunter farmasi then beli..the next time I pergi ke farmasi yg same just temankan my friend beli ubat, saya dengar2 one of the pekerja kat farmasi tu bisik2 dengan kawan die..'dia ni beli pregnant test kit hari tu' uhuu, cam tu muka saya yang beli pregtest? I wonder lah nape die cakap macam tu? salah ke saya beli pregtest ni?

ok, lupe kan kisah tu, bukan tu sebenarnya yang saya nak cerita. ni gambar hasil daripada pregnancy test yg saya buat seniri. nampak tak ade 2 lines sebenarnya kat situ? tapi satu tu tak berapa jelas..

oke, macam saya ni yang baru saja mengandung memang tak berapa tahu..jadi hasil yang macam ni buat saya was-was tentang kehamilan saya. mujurlah mase tu ade housemate yang memang dah ade pengalaman mengandung.jadi saya tanye die..tanya housemates yang lain dorang pun tak pasti nih, sebab dorang pon tak kawen lagi! haha

so kakak tu kate if tak mengandung line yg lg satu tu takkan nampak langsung. yg macam ni kire dah mengandung lah... dalam hati...OOOOoo... baru tahu nih! heheh so kepada sesiapa yang baru macam saya ni, mungkin anda pun tak tahu and akan was-was.jadi kalau dapat keputusan yang macam ni, dont worry, mesti anda mengandung..berdasarkan pengalaman nih. :)

Saturday, November 5, 2011

foetus development

Email dari kawan saya Ooi Gai Suan.. thanks. mahu berkongsi gambar di blog ini juga.



sekarang baby saya berada pada fasa ini.week 15..teruja bila tengok gambar ni.. mummy harap kamu membesar dengan sihat.. :)




lately tekak saya rasa loya dan pernah tu muntah-muntah...huu tak tahu kenapa, after makan ubat mesti rasa macam nak muntah..kenapa ek?

Thursday, November 3, 2011

ubat-ubatan


mari bercerita pasal ubat-ubatan yang saya kena makan masa mengandung nih..seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas, itu ialah vitamin-vitamin yang dibekalkan secara free oleh klinik kesihatan kepada ibu mengandung ni.erm saya kena makan sebiji satu hari setiap satu jenis vitamin ni. antara ubat yang dibekalkan ialah B complex, folic acid dan iron..ada lagi satu vitamin yang penting, aha yang ni kena beli seniri, klinik tak provide, iaitu vit C.tapi nurse tu kata, if ibu dah cukup makan buah-buahan and sayur-sayuran, tak amek pil vit C pon tak ape. tapi orang yang tak suka makan sayur macam saya ni perlulah makan vit C kan? tak pun makan buah-buahan banyak-banyak...ok lah,,, at least saya sedang belajar makan sayur..demi my baby.




trimester pertama

masa awal mengandung ni saya ada juga mengalami loya-loya.cuma tak teruk lah..demam beberapa hari tak kebah-kebah. alhamdulilah ada en.suami masa tu, memang dia jaga saya, dan thanks to family mertua saya yang buatkan saya bubur lobak masin. :)

selera makan memang berkurang 3 bulan pertama ni. makan pon nak yang masam-masam je..so time ni green apple and asam jeruk peneman saya.pernah mengidam nak makan laksa penang and my mom lah yang buatkn..best betul bila jadi ibu mengandung ni kan? apa yang diidamkan mesti dapat.hehe

but another problem yang masih ade until now is masalah kulit kering..sebelum-sebelum ni kulit saya oke je tak de masalah...then masa mengandung ni kulit jadi sensitip benor. kering mengelupas di bahagian hidung, pipi, dan dagu...sangatlah tak tahu kenapa mula-mula. i thought sebab bertukar produk pembersih muka. but rupa-rupanya tidak after i consult dengan nurse yang merawat saya. dia kata memang ibu mengandung ada masalah dengan kulit.but after bersalin ok dah..hopefully begitu lah hendaknya.

so apa yang saya buat sekarang ialah, banyakkan minum air masak, stop dulu pakai produk pembersih muka tu. now saya cuma pakai rosken bio serum je for dehydrated skin...hopefully semuanya akan pulih seperti sediakala.amin

Tuesday, November 1, 2011

share berita gembira bersama~

gembira rasanya bila dengar kawan-kawan yang lain pon bakal bergelar ibu :), rasa excited pun ada, untuk diri seniri dan kawan-kawan. kalau dulu sebelum kawen mungkin perbualan berkisar tentang study, boyfriend, gossip terhangat.tapi sekarang bila tahu masing-masing dah berkahwin, mulalah tanya, 'ada good news tak?' hehe..then lepas ni mesti bercerita pasal anak-anak plak..huu life has changed kan? ramai jugak yang dah berkahwin dan bakal berkahwin hujung tahun ni...wahh! jomlah cepat2 join da club.hihi

p/s: nasihat untuk kawan-kawan, take care tau! semoga semuanya dipermudahkan.

Doa Memohon Zuriat yang Soleh dan Solehah


* saya berdoa agar dianugerahkan zuriat yang soleh dan solehah. hari-hari memohon agar Allah pelihara kandungan saya.