Sunday, October 30, 2011

+ 08.09.2011 +

first time detect yang confirm saya mengandung pada tarikh ni, 8 September 2011. sebenarnya dah mula rasa diri ni pregnant masa bulan puasa tempoh hari. yela, kita tak pernah puasa penuh tiap-tiap tahun, tiba-tiba tahun ni puasa penuh, tak miss satu hari pun! alhamdulilah. jadi saya ambil keputusan untuk buat pregnancy test seniri.

pagi sebelum pergi sekolah tu, saya checklah sendiri..biasalah pakai pregtest kit yang beli kat farmasi harga lagi sepuluh sen nak sepuluh ringgit tu..then resultnya pada mulanya agak meragukan, memang ada dua lines tapi satu line tu tak berapa nak merah..so merujuklah kepada housemate merangkap kakak yang sudah ada pengalaman and beranak 3 ni..Kak Hasti namanya.dia kata ada 2 garis tu maksudnya pregnant la, eventho tak berapa nak jelas.

oh, ini bukan pregtest kit yang saya guna tempoh hari, sebagai contoh yang diambil dari google sahaja.erm dalam gambar ni nampak jelas 2 line tu..tapi saya punya line tak berapa jelas...tak tau kenapa.mungkin ada siapa2 boleh bagi saya jawapan??

perasaan saya time gembira plus ada debar sikit.tapi apa-apa pun saya rasa syukur sangat kerana Allah beri saya rezeki seawal ini.alhamdulilah.

1 comment: