Friday, December 23, 2011

+21-22.12.2012+

untuk kesekian kalinya saya pergi ke klinik untuk buat check up.hurm kali ni 2 hari berturut-turut kena check. first 21 hb check dengan doktor di Klinik Kesihatan then 22 hb check di Klinik Desa.huhu

kali ni HB saya menurun! 11 sudah..huhu nurse suruh saya makan banyak-banyak makanan yang boleh menambahkan darah.ubat yang kaler coklat tu pon die suruh makan dua kali sehari. selalu makan sehari sekali je. if bacaan HB dah kurang dari 11 saya tak boleh check di KD lagi..sebab kurang darah.erm mungkin sebab minggu lepas saya tak makan ubat tu..tu yang buat HB saya makin menurun.

so, nurse nasihatkan dan beritahu la makanan apa yang boleh menambahkan darah.sayur tu sayur ni...haha dengar sayur je senyum dalam hati..aku makan sayur ke? hihi tapi kalau buah and makanan-makanan lain tu ok lah lagi...ahaa tapi hati ayam saya tak mahu makan, tak sedap!

bahaya kurang darah semasa hamil kepada bayi :
keguguran, pembesaran mental janin terbantut, bayi mati dalam perut, bayi lahir tidak cukup bulan dan bayi lahir kurang berat badan.

kesan kurang darah pada ibu plak, mudah dapat jangkitan and meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin
tanda-tanda kekurangan darah ialah pucat, selalu letih lesu dan tidak bermaya, kerap pening, mudah pitam dan mudah mengah.

erm simptom2 ni ada gaklah saya rasa, sekarang badan cepat rasa penat, mengah,kadang tu buat kerja sikit da rasa penat.sebabnya kekurangan darah.tu yang masuk bulan ke 5 ni hb saya menurun.huhu

berposing dengan Sumayyah sebelum g Klinik

berat badan saya makin meningkat! sekarang first check 59.5kg, bila check keesokan harinya di tempat yang lain jadi 60.3 kg...huhu apakah? tak pernah rasa berat badan seberat ni.hihi harap-harapnya sampai 9 bulan nanti tak delah berat sangat or overweight..

No comments:

Post a Comment