Thursday, December 29, 2011
minum air banyak-banyak
Tuesday, December 27, 2011
Fetal development in pregnancy week 22
11 in | 28 cm
15 oz | 425 g
Monday, December 26, 2011
di suatu pagi di bilik termenung..
love u baby
Friday, December 23, 2011
+21-22.12.2012+
berposing dengan Sumayyah sebelum g Klinik |
Wednesday, December 21, 2011
Week 21: Look Mommy, I'm dreaming!
Fetal development in pregnancy week 21
10.8 in | 27.5 cm
12.7 oz | 360 g
Tuesday, December 20, 2011
bukan lagi rahsia
Thursday, December 15, 2011
me: before and after
alhamdulilah rasa badan ok2 je.cuma sekarang akan berasa cepat penat bila buat kerja-kerja rumah.so, the solution is; take a rest then continue lagi kerja.begitulah hari-hari.kadang tu bila badan rasa penat + pening kepala, i will sleep, then bangun baru hilang sikit pening tu.
pic to share~
hehe, ini gambar sebelum dan selepas.yang atas gambar sebelum, yang bawah gambar selepas. see! ade perbezaan tak? nampak tak ada pertambahan ketebalan pipi and dagu? gambar sebelum tu dagu agak runcing kan? ala-ala zila bakarin (nama gelaranku di kelas ziha bakarin ) kuikui. Pic yang bawah plak dagu nampak bulat, and pipi saya bambam!haha cara pakai tudung pon dah lain, macam nak tutup double chin je..but belum lagi double chin eh! macam je.
Wednesday, December 14, 2011
Fetal development in pregnancy week 20
10.5 in | 26.5 cm
10.5 oz | 300 g
This week you're carrying around 10.5 inches and 10.5 ounces of solid magical baby goodness!
Your fantastic fetus' fragile tiny bones continue to ossify and toughen while their itsy bitsy finger and toe pads (and unique finger prints) are finishing up.
Your little womb-dancer also has teeth buds sprouting beneath their gum line.
And finally! Your wee one's limbs have reached their relative proportions — no more bobble-head!
Their little pink lips are more defined, and might be helping out in a bit of prenatal thumb-sucking.
If you have a little boy: their tiny testes are descending, though they have not yet passed the abdominal wall.
And in a final anti-alien development: the first of their tiny eyelashes and eyebrows are now present.
Essentially, your little one really does looks like a miniature baby — and we do mean miniature - your little swimmer currently weighs a mere eighth of their birth weight.
Good work mama! You're bakin' a beautiful baby and you're already half-done!
ps: malam tadi saya berkesempatan menonton Halaqah di TV 9.tajuk Halaqah malam tadi Pengembaraan Janin. Subanallah, saya dapat saksikan video 4D kejadian manusia. Daripada sel telur menjadi seorang bayi yang comel. Macam tula kita semua, sayangnya pada ibu yang mengandungkan kita selama 9bulan. Bayi yang ada dalam kandungan saya pun macam tu gak.. tak sabar nak lihat kamu sayang. :)
Tuesday, December 13, 2011
penyejuk hati
Sunday, December 11, 2011
Anmum Materna susu pilihan saya :)
susu anmum ni rasa macam minum susu tepung biasa, macam minum susu nespray. tapi dia taklah manis sangat. for me, minum tak payah letak gula pon boleh. :) minumlah susu, susu bagus untuk ibu mengandung.kena minum 2 kali sehari, itu pesan nurse yang merawat saya.
ps: tiba rasa nak jadi duta anmum plak.haha!
Saturday, December 10, 2011
~ 5 months ~
Sunday, December 4, 2011
+ 02.12.2011 +
hari ni saya nak bercerita perkara yang buat saya sangat excited! alhamdulilah, hanya Allah je yang tahu perasaan saya bila nampak my baby for the first time. nak nangis pun ada. :') see kat bawah ni imej scan dia..comel mesti time ni dia tengah nyenyak tidur kan?
saya tak sabar nak tunggu baby,, baby boy or girl ek?hehe tak kisah lah boy or girl, yang penting baby sihat ye..mummy akan jaga kesihatan diri mummy utk baby ye. risau juga saya bila hari tu doktor check jantung saya dia saspek ade masalah.so kena rujuk hospital di Johor. but before that doktor di tempat saya akan check lagi sekali, so ade lagi appointment dengan doktor lepas ni. erm harap-harap semuanya baik-baik sahaja.kawan-kawan doakan saya eh. :)
p/s:en suami pun excited bila tengok imej ni..dia balik kerja je terus saya tunjukkan.hehe
Thursday, December 1, 2011
mengidam
well, kalau mengidam nak makan benda yang senang nak dicari takpe. sian lah plak kat encik suami nak carikan makanan yang susah nak dapat or jauh dari tempat kita tinggal..erm, so far mengidam saya masih boleh dikawal lagi..ada makanan tu adalah, tak de pon takpe..keinginan tu masih boleh dikawal.
cerita pasal mengidam ni kan, saya ada cerita agak pelik..ehehe..ceritanya macam ni, kalau setiap kali ada ahli keluarga saya yang mengandung, mesti nenek saya yang mengidam nak makan itu ini. plus, dia yang akan demam teruk.huhu..bila nenek dah rasa tak sedap badan n nak makan itu ini, mula lah dia akan tepon anak-anak dia, and tanya cucu-cucu dia, mengandung ke? haha pelik nenek ku sorang ni.
baru-baru ni memang nenek demam teruk, seminggu tak baik-baik...rupa-rupa yang mengandung sekali ramai. menantu nenek, my sis 2 orang, and saya.bukan baru-baru ni je, sebelum ni pun masa my sis bersalin anak first dia, nenek mengidam nak makan roti canai la, KFC la, coklat la...macama2. wahh mengalahkan yang mengandung kan? haa, pelik gaklah. selalu dengar suami je kan mengidam or muntah-muntah?tapi ni nenek lak.
p/s: teringin nk tidur bawah ketiak suami kira mengidam tak? hehe
Wednesday, November 30, 2011
nak makan nasi ambeng!
dengar-dengar kat kampung saya ni pagi-pagi ada orang jual nasi ambeng for breakfast. RM3 sebungkus...nak suruh abah belikan lah! hehe tak tau nape mengidam sangat. harap-harap kenduri rumah nenek Khamis ni, dia buat nasi ambeng.haha suka-suki je demand.
Tuesday, November 29, 2011
lawatan Misi Ani ke rumah :)
Nak cerita masa Kak Ani datang ke rumah hari tu, macam-macam lah dia cerita...check tetap check lah...yang buat saya rasa teruja ialah, dia letakkan stateskop kat perut saya..nak dengar denyut jantung baby..wahh dah boleh dengar ke??hehe saya nak dengar jugakk! then Kak Ani ada tanya, ada rasa baby bergerak tak?ohh lagilah saya surprise, dah boleh rasa ke baby gerak2? hihi rupanya dah 4 bulan mengandung ni, boleh dah rasa baby gerak2..tapi tak delah kuat and kerap sangat..semua tu buat saya rasa excited and tak sabar sangat nak tunggu baby kuar..hehe padahal ada lagi 5 bulan. :)
Biasalah kan bila berjumpa dengan nurse yang merawat kita, macam-macam dia akan tanya pasal kesihatan kita. so time ni lah saya akan bercerita masalah yang saya hadapi...tapi so far alhamdulilah, tak de sampai yang serius sangat..cume mungkin saya kena banyakkan makan and minum air..sekarang awal mengandung hemoglobin masih pekat, sebab baby kecik lagi...nanti dah bila baby dah besar, makin banyak dia perlukan dari kita...contohnya macam darah, dia akan ambil 3/4 daripada badan ibu..ibu cuma dapat 1/4 je...sebab tu ibu mengandung kena ambil banyak makanan yang boleh menambahkan kepekatan darah.
So, tiap kali jumpa Kak Ani, mesti dia akan pesan pada saya makan 6 kali sehari...6 kali sehari...6 kali sehari...huhu....yelaa...saya akan cuba makan..lepas pada Kak Ani datang rumah, terus petang tu saya pergi mini market gi beli makanan2 apa2 yang patut..untuk mengelakkan daripada kelaparan di rumah..biskut, roti, semua tu mesti ada...hihi..
sekian update dari saya ^^
Tuesday, November 22, 2011
sekilas update
lama tak update di sini. erm buat pengetahuan semua sekarang ni saya masih menunggu saat-saat menghabiskan kursus.lepas ni saya da boleh tinggal di rumah berehat.saat ni la yang saya nanti-nantikan selama ni.tinggal esok je lagi.
FYI, sekarang ni saya kurang sihat..asik batuk-batuk je..malam je mesti batuk.lambat betul nak baiknya.nak makan ubat batuk tak boleh sebarangan. esok, saya akan pergi ke klinik, ade check up lagi..doakan saya and baby sihat ye.
Sunday, November 13, 2011
snek ibu mengandung
berjalan-jalan di Giant Southern City, nak cari snek yang berkhasiat ( kunun )
( tapi saya tak beli yang ada dalam gambar ni, konon nak test brand baru )
makan makanan seperti bijirin, susu rendah lemak dan kekacang untuk mummy nya sudah tentulah sebab nak dapatkan bentuk badan yang sedia kala selepas bersalin nanti.hehe dan untuk anak-anak mestilah sebab nak dapatkan otak yang cerdas dan pintar.
p.s: kalau saya beli makanan macam ni, en suami pun tumpang makan jugak, suka betul dia makan snack macam ni.i wonder sape yang mengandung ni sebenarnya?hehe tapi bagus jugak dia suka, sebab mestilah dia akan belikan lagi untuk saya dan dia juga. :P
Saturday, November 12, 2011
curhat
p.s: mood sekarang sedang search blog-blog segala yang berkaitan tentang pregnancy.harap-harap menjadi panduan yang berguna buat saya.
Friday, November 11, 2011
breakfast mummy ^_^
kenapa saya pilih susu HL? baca ni..
Thursday, November 10, 2011
pregnancy test kit
ok, lupe kan kisah tu, bukan tu sebenarnya yang saya nak cerita. ni gambar hasil daripada pregnancy test yg saya buat seniri. nampak tak ade 2 lines sebenarnya kat situ? tapi satu tu tak berapa jelas..
so kakak tu kate if tak mengandung line yg lg satu tu takkan nampak langsung. yg macam ni kire dah mengandung lah... dalam hati...OOOOoo... baru tahu nih! heheh so kepada sesiapa yang baru macam saya ni, mungkin anda pun tak tahu and akan was-was.jadi kalau dapat keputusan yang macam ni, dont worry, mesti anda mengandung..berdasarkan pengalaman nih. :)
Saturday, November 5, 2011
foetus development
Thursday, November 3, 2011
ubat-ubatan
trimester pertama
selera makan memang berkurang 3 bulan pertama ni. makan pon nak yang masam-masam je..so time ni green apple and asam jeruk peneman saya.pernah mengidam nak makan laksa penang and my mom lah yang buatkn..best betul bila jadi ibu mengandung ni kan? apa yang diidamkan mesti dapat.hehe
but another problem yang masih ade until now is masalah kulit kering..sebelum-sebelum ni kulit saya oke je tak de masalah...then masa mengandung ni kulit jadi sensitip benor. kering mengelupas di bahagian hidung, pipi, dan dagu...sangatlah tak tahu kenapa mula-mula. i thought sebab bertukar produk pembersih muka. but rupa-rupanya tidak after i consult dengan nurse yang merawat saya. dia kata memang ibu mengandung ada masalah dengan kulit.but after bersalin ok dah..hopefully begitu lah hendaknya.
so apa yang saya buat sekarang ialah, banyakkan minum air masak, stop dulu pakai produk pembersih muka tu. now saya cuma pakai rosken bio serum je for dehydrated skin...hopefully semuanya akan pulih seperti sediakala.amin
Tuesday, November 1, 2011
share berita gembira bersama~
Doa Memohon Zuriat yang Soleh dan Solehah
Monday, October 31, 2011
+ 31.10.2011 +
Pergi ke Klinik Kesihatan Penerok untuk ambil darah lagi. Kalau yang sebelum ni dia Cuma ambil beberapa titik darah dari jari manis, tapi kali ni dia ambil darah di lengan..guna jarum suntik untuk ambil darah. Sepatutnya appointment 4hb 11…tapi saya takut masa tu tak available, jadi saya datang awal, and nasib baik boleh.
Macam biasa, kalau nak check darah, memang kena puasa dari jam 10pm sampai 8am pagi keesokan harinya..dan pagi ni saya datang awal, so dia amik darah buat kali pertama. Then jururawat tu suruh saya minum air gula! Perghhh, memang terbaik lah minum air gula!
Sebelum-sebelum ni pernah dengar kakak-kakak kat sekolah cerita pasal air gula, tak sedap lah, ada yang muntah lah. Pastu Kak Ani plak pesan kat saya jangan muntah bila minum air gula tu, dia suruh minum balik semula nanti.
So, apabila saya telah dimomokan dengan cerita-cerita yang horror seperti itu, saya pun berkata pada diri seniri, aku mesti boleh! Walaupun ade sikit lah rasa cuak. Saya imagine air gula yang sangat pekat dan sebesar cawan kertas yang kecil tu..
Dan tiba di hari kejadian, MAK OIII..!! bukan cawan kertas kecik, tapi 1 MUG okeh! Tapi dalam hati saya keep on saying I can drink it. Dengan lafaz bismillah saya minum, first rasa memang sedap, dan dalam hati masa rasa tu saya berfikir,, ‘laa macam ni ke rasanya..sedap apa, kenapa ramai orang tak suka?’ Pelik ke saya ni?huhu
Saya minum dalam 3 kali teguk dah habes, towards the end memang ade rasa senoning sikit..sebab dah muak kot.tapi alhamdulilah berjaya habiskan semua air gula. Nurse yang check tu kata.. ok ke? Sambil mata dia tengok ke mug yang kosong, then terus cakap, wah terrornye!
Huhu…saya tak tahu dari mana saya dapat ketenangan tu..memang apa-apa jua keadaan yang bila orang lain rasa menggerunkan, saya akan berlagak tenang dan benda tu tak jadi apa-apa. Susah saya nak describe ketenangan yang macam ne..situasi ni mungkin perkara biasa, ada ramai orang boleh laluinya, tapi ada beberapa situasi yg agak ekstrem tapi saya masih tenang macam orang takde perasaan. Itu yang saya pelik! Huhu tapi tak perlu lah saya cerita apa situasi ekstrem tu, dah off topic nanti.hehehe
kaunter urusan
tengok MHI, sementara tunggu 2 jam lagi
terpaksa menunggu dan menunggu
9.50 am
After minum air gula, darah saya diambil lagi..kalau tadi lengan belah kanan kali ni lengan belah kiri. Saya terpaksa menunggu dari pukul 7.50 am sampai 9.50 am. Well, actually boleh je nak balik rumah, tapi I prefer untuk stay kat klinik selama 2 jam!
So selama 2 jam tu saya tengok tv dan baca majalah. Rasa sekejap je, tak sedar masa dah berlalu. Dia ambil darah kali kedua dan lepas tu siap dah….result saya tak tahu lagi.. then terus saya melangkah pulang bukan ke rumah, tapi ke IPG.
+ 29.10.2011 +
Erm pada tarikh ni saya kena pergi KD lagi sekali sebab nak check darah sekali lagi.sebenarnya semalam saya dah amek darah nak check tahap gula dalam darah…tapi sebabnya bacaan gula dlm darah saya 8.4 mmol, tu yang kena buat lagi sekali.sebab yang normal bawah 7.9 mmol..so dia suspect saya ada kencing manis.
Oleh itu, untuk memastikan saya tak de kencing manis, kena buat lagi test hari ni…so malam sebelum saya kena check darah tu, saya kena puasa dari pukul 10 pm sampai 8 am…tak boleh makan apa-apa kecuali nasi…yang ni memang takde hal, saya memang tak makan malam, bukan jaga badan ke apa tapi sebab makan malam2 dah tak lalu..
Alhamdulilah la bila check lagi sekali bacaan gula dalam darah saya 4.5 mmol…fuhh legaaa..Kak Ani kata dia risau gak, if bacaan naik lagi hari ni nanti masa minum air gula lagi lah naik…kad saya yang sticker putih jadi sticker kuning…sticker putih normal lah, boleh check kat KD lg..bila dah kad kuning ada problem.
+ 28.10.2011 +
Yes, I have registered! After 13 weeks barulah saya pergi mendaftar di Klinik Desa berdekatan dengan rumah saya.sebelum ni memanglah agak sibuk dan tak de masa sangat nak buat kad…and bila masa dah habis practical and tinggal nak exam je baru la saya sibuk2 nak daftar buat kad..kad ni kira my second IC sebab kena bawa bersama ke mana pergi.
Well actually agak terlambat jugaklah, sebabnya JM a.k.a Jururawat Masyrakat yang saya panggil Kak Ani tu kata da bole daftar bawah 3 weeks. so barulah result nya tele..i dunno what does it mean..huhu tengok jelah nanti macam ne…kalau ikutkan lagi hati ni, nak buat kad tu after habis exam which is end of November.huhu but I think kesian kat baby, sebabnya yela I dunno nak makan apa, apa yang boleh and tak boleh, nk buat apa, nak check apa, semuanya tak tahu.so the best thing is, go and see the doctor.
Mmm pada tarikh yang tercatat di atas ni lah sayapergi ke KD (Klinik Desa) untuk buat buku and buat medical checkup..apa yg saya buat ialah, mule sekali check berat and ketinggian..ehem, still maintain lagi.hehe then buat urine test, blood test and head to toe check up..
Masa ni encik Hazam yang teman kan saya, agak lama jugak lah dia menunggu.macam-macam Kak Ani nasihatkan saya, apa yang boleh and tak boleh.so when it’s almost done, en.suami bertanya panduan sebagai seorang bapa pulak. Tergelak Kak Ani tu..but still dia kasi tips panduan yang berguna utk kami berdua.
Nasihat Kak Ani untuk suami saya;
1. Banyak bersabar and fahami isteri.
Kak Ani cakap time 3bulan awal tu, emosi isteri senang sangat terganggu. Dia kata masa ni perubahan hormone berlaku and dats y isteri akan mudah rasa sedih. Even suami cakap lembut pon isteri dah rasa suami macam menengking. And I totally agree with this, da pernah alaminya pon. I don’t want to blame him for what had happened. Cus I know that he don’t know and realize at that time. But after this I hope that he will become more understandable. Memang betol lah ape yang dinasihatkan oleh Kak Ani tu terkena batang hidung sendiri!
2. Teman isteri
Untuk suami yang menyambut anak pertama, dinasihatkan teman and ikut sama-sama isteri pergi buat rawatan di klinik.masa doctor check,masuk bilik doctor sama-sama, kalau boleh suami ade di sisi, dengar sama-sama penerangan doctor, so nanti suami tahu apa yang berlaku pada isteri. Sampai nak bersalin pun suami kena masuk dalam bilik bersalin tu…tapi peringatan pada suami yang takut darah, if you takut darah, better don’t…kang satu kerja lagi mana nak uruskan isteri mane nak uruskan suami..huhu
Nasihat Kak Ani untuk saya;
Ahaa…yang ni banyak sikit yang perlu saya catatkan untuk diri saya dan anda juga pembaca sekalian.
1. Jaga kebersihan badan dari hujung rambut sampai hujung kaki
Notes: wanita mengandung mengalami alahan, kalau berpeluh tu kadang berpeluh luar biasa dari biasa, so mandi at least 3x sehari. Pakai baju yang menyerap peluh.
2. Pakaian yang menyerap peluh dan longgar. Dia tegur saya pakai seluar yang berzip, pasni kena pakai seluar yang bergetah. Ini penting untuk tumbesaran bayi…bayi perlukan ruang untuk membesar.nanti makin lama perut dah membesar, takkan nak pakai yang menyesakkan.
3. Ibu mengandung makan 3x ganda daripada biasa..dia kasi perumpamaan kalau biasa kite makan ikan seekor sehari, time mengandung kita kena makan 3 ekor…ikan sumber protein.
4. Dalam 1 hidangan makanan, kita kena makan makanan yang seimbang semua zat ada, carbo, protein,vit,etc. and ibu mengandung ni kena maka 6x sehari; sarapan,minum pagi, makan tengah hari,minum petang, makan malam, super…fuhh which I feel difficult to do. Eventho makan 6x sehari still ade kadarnya..tak boleh gak makan je, nanti berat badan naik mendadak pon tak elok gak.
5. Okeh, buah-buahan yang bagus dimakan pulak ialah buah jambu batu, betik, and pisang. Untuk tambah darah.
Note: ibu kena tolong baby, baby bergantung pada ibu.apa yang ibu makan itulah yang baby dapat. Selera tak selera I kena makan jugak..bantu baby.
Sunday, October 30, 2011
early pregnancy
yes, as stated in the picture my life has changed! mmm but not totally changed. a little bit changes especially on my appetite. selera makan first 3 months has gone i dunno where did they go.huhu but before this pun i'm not really good eater, just makan untuk hidup sahaja, never care about my health because i think that i've consumed supplements and it's enough. huhu actually it's wrong ok.don't follow my habit.eat nutritious food!
back to the topic. mm first three months memanglah takde selera makan langsung!but i have to eat no matter what.tengok lauk ikan masak merah, kicap, masak lemak, sayur-sayuran...urgghhh, rasa macam tak boleh nak masuk tekak! so, the only lauk yang menyelerakan ialah SUP! so my lunch would be anything that was soup based. soto, mee sup, soto me,etc..makcik and pakcik kat kedai tu pun memang sampai dah hafal saya punye menu kegemaran, everyday saya and Hafiza my practical partner akan pergi ke kedai makan order mee sup! hoho
2. gangguan emosi
emosi saya sewaktu mengandung ni memanglah sangat sensitip orang kata.mudah menangis.rasa sedih selalu. before this memang saya ni seorang yang mudah tersentuh perasaan, but only particular person jelah yang boleh buatkan saya menangis.and yes, my husband is the person that could easily make me cry even with his facial expression. memang saya sangat-sangat sedih bila rasa husband macam tak prihatin, rasa dia tak sayang saya lagi..saya nangis sampai bengkak2 mata, for him maybe was a small matter. and then kami tak contact for almost one week, because bergaduh..yelaa sebab saya mudah terasa dengan apa yang suami cakap,sampai saya sentiasa berfikiran negatif..i dunno why at that time, memanglah saya begitu sensitip and sentiasa rasa berduka lara...
+ 21.09.2011 +
so, saya dan suami dengan hanya bermotosikal pun pergilah ke klinik Fitrah. mulanya kami nak pergi ke klinik Haliza, sebab doktor yang check perempuan, tapi disebabkan kami terjumpa satu klinik ni yang doktornya perempuan juga, so kami pun pergilah klinik Fitrah ni.
erm, masa tu scanner rosak, so saya cuma buat urine test saja lah.walaupun dah buat sebelumnya, tapi untuk confirm se'confirm'nya saya pon buatlah urine test ni. and...SAH saya memang mengandung. doktor pon memang ada sebut walaupun line tak berapa nak jelas but still mengandung..tapi lupa plak saya nak tanya kenapa.hihi
doktor ucapkan tahniah dan beri saya ubat vitamin untuk kuatkan rahim..encik suami memang muka dah agak dah, so dia tak berapa nak surprise lah..but still kami gembira. :)
+ 08.09.2011 +
pagi sebelum pergi sekolah tu, saya checklah sendiri..biasalah pakai pregtest kit yang beli kat farmasi harga lagi sepuluh sen nak sepuluh ringgit tu..then resultnya pada mulanya agak meragukan, memang ada dua lines tapi satu line tu tak berapa nak merah..so merujuklah kepada housemate merangkap kakak yang sudah ada pengalaman and beranak 3 ni..Kak Hasti namanya.dia kata ada 2 garis tu maksudnya pregnant la, eventho tak berapa nak jelas.
oh, ini bukan pregtest kit yang saya guna tempoh hari, sebagai contoh yang diambil dari google sahaja.erm dalam gambar ni nampak jelas 2 line tu..tapi saya punya line tak berapa jelas...tak tau kenapa.mungkin ada siapa2 boleh bagi saya jawapan??
perasaan saya time gembira plus ada debar sikit.tapi apa-apa pun saya rasa syukur sangat kerana Allah beri saya rezeki seawal ini.alhamdulilah.
+ 12.03.2011 +
=
12.03.1987 (my birthday)
12.03.2011 bukan sekadar tarikh perkahwinan kami sahaja, tapi tarikh larhir saya jugaa! senang nak ingat kan? tarikh birthday merangkapa tarikh anniversary kami juga...impian saya yang satu ni sudah tercapai, nak berkahwin pada tarikh lahir saya. :)
gambar kenangan di majlis perkahwinan kami
Suatu Permulaan
alhamdulilah, tercapai jugak hasrat nak buat satu lagi blog..dah lama terpikir nak buat blog baru, nah..akhirnya.. :) erm jika ada kerajinan yang lebih akan diabadikan segala pengalaman terindah saya yang bakal bergelar ibu di sini. selamat membaca buat semua pembaca blog Mummy Zee's Journal..nantikan entri seterusnya dari saya.. :)