Thursday, May 31, 2012

apabila bergelar ibu

dah jadi ibu ni antara kewajipan yang perlu dilaksanakan ialah menyusukan bayi. dalam banyak-banyak susu bayi, susu ibulah yang paling mahal dan berharga, bukan susu Enfagrow, Anmun, Gain Plus etc..huhu  betul tak ibu-ibu semua? kewajipan menyusukan bayi ni ada disebut dalam Al-Quraan

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.." (Surah al-Baqarah 2.233)

Alangkah seronoknya bila seorang ibu itu dapat menyusukan anak dia selama 2 tahun.tentu rasa puas dan bahagia sekali. Semasa mengandung saya diberi pendedahan tentang susu ibu..penyusuan secara exclusive..iaitu bayi diberi minum susu ibu sahaja selama 6 bulan..and macam2 lagilah yang nurse bagi tahu ttg kebaikan susu ibu ni. and i think semua orang pon tahu tentang kebaikan susu ibu ni.

ok, gambar di bawah ialah hadiah buku tentang susu ibu yang saya dapat daripada my beloved friend. Ada macam-macam info yang berguna dalam buku ni esp untuk para ibu n bakal ibu.utk bapa pon bagus gak buku nih.
 

Terima kasih pada kawan saya Juhana yang bagi saya hadiah buku ni. Bila saya baca buku ni terasa sedih sangat tak dapat nak bagi baby saya fully susu ibu. Now, my baby minum susu badan and susu formula..dah campur dah. At first memang nak kasi dia susu ibu jer..2 minggu lepas bersalin memang Harish minum susu badan je. Sebab die kena jaundise, saya mmg kena kasi dia minum susu banyak2 supaya kuning die cepat hilang.tapi agak lama jugak lah jaundise die, dah 15 hari pon masih ada kuning lagi. dah cuba macam-macam tapi still tak berkesan. at last, saya kasi die susu tepung,, then die buang air, barulah kuning die turun. erm start from that saya kasi die minum susu formula..

sebab nak sembuhkan penyakit kuning Harish, terpaksa lah beri susu formula. then bile dah baik tak perlu dah beri susu formula.tapi anak saya jenis yang kuaat sangat menangis, dan kuaat minum susu. kadang-kadang bila beri susu badan dia asik menangis and macam tak puas je minum. so terpaksalah jugak saya bagi die susu formula ni. jeles betul bila tengok orang boleh perah susu and simpan susu dalam kuantiti yang banyak..berbotol-botol. saya paling banyak pun sehari boleh simpan 5 auns. tak banyak mana 5 auns tu..sebab my baby kuat minum susu..5 auns tu sekali minum jaa..tapi bila dapat perah susu, 5auns tu saya rasa gembira sangat..kadang perah dapat 1 auns je pon saya rasa seronok, sebab dapat beri baby susu saya.

doktor memang nasihatkan saya bagi bayi susu ibu..tapi dia tak tahu keadaan yang sebenar saya hadapi. sekarang ni apa yang saya boleh buat ialah beri susu badan sebanyak yang boleh. kurangkan susu formula. ada beza tau anak yang minum susu ibu ni dgn yang x minum susu ibu. antaranya ialah anak kita lebih cerdik, rapat, lebih mendengar kata dll..it's true, saya ada 4 orang adik beradik..3 orang adik beradik mak beri minum susu badan selama 2 tahun..cume sorang kakak saya ni mak beri mnum susu badan selama 6 bulan..dari segi IQ mmg kakak saya yang sorang ni tak berapa dalam study. 


apa-apa pun saya berharap saya diberi kekuatan untuk beri bayi saya susu badan.and berharap anak saya dah tak meragam sangat.so boleh beri dia susu badan tanpa masalah.


Monday, May 28, 2012

harish azid

pernah tak you all dengar dulu-dulu or even now pon ada, kalau baby asik sakit je ditukar nama? pernah tak pernah tak? saya selalu dengar  dari cerita mak.tapi just setakat dengar ditukar nama jela..takde plak saya tahu ada ritual lain..ahaa, ritual apakah?

dah jadi mak ni macam2 la perkara yang tak tahu jadi tahu. macam-macam kerisauan yang melanda seorang ibu ni sebenarnya.rasanya macam tula dulu makabah kite risau kalau kita sakit.

apa yang merisaukan saya sekarang, my baby tersangatlah kuatnya menangis.tak tahulah nak buat macam na.risau sangat. so, pergi bawakan Harish ni berubat. first time pergi dengan bidan ni, dia urutkan. Ya Allah, kuatnye dia menangis bila kena urut. keluar semua angin-angin dalam badan Harish.macam orang tua angin nya..bidan yang urut tu, urut and keluarkan angin dari mulutnya (mulut mak bidan ye). sebenarnya Harish tak pernah berurut, masa dalam hari tukang urut cume urut saya je..baby tidak.cos die tak pandai urut bayi and die bukan bidan. susah nak cari bidan kat kampung saya ni (nama je kg, bidan pon susah nak cari..haha).

then, for the second time pergi berurut dengan bidan yang sama, diurut lagi, ada kurang lah anginnya. then ditukarkan nama, jadi Muhammad Azid..inilah ritual yang saya nak ceritakan tu..ini amalan orang Melayu, kalau bayi yang selalu sakit2 or ada problem mungkin disebabkan nama tidak serasi. semalam saya jual anak saya kepada mak bidan, mak bidan beli then dia serahkan kembali anak tu kepada saya untuk dijaga. kira Harish ni  dah jadi anak angkat kepada mak bidan..siap dikasi nama lagi. itu jual anak.

ada yang saya dengar cerita dari mak..orang buang anak.bukan buang anak dlm sungai ke apa. ini cuma simbolik je. anak tu dibuang or diletakkan di mana-mana tempat, then orang lain akan ambil, pungut or kutip anak tu dijadikan anak angkat dan diberi nama. Sebagai contoh mcam pakcik saya..'dibuang' dan diberi nama..Pungut n Kutip (ada 2 orang pakcik). Sampai sekarang saya panggil dia Paman Pungut and arwah Paman Kutip.

saya cuma nak anak saya sihat je..saya nak dia cepat-cepat sihat and tak nangis-nangis lagi. nangis dia bukan nangis biasa,, luar biasa nangisnya, macam kena pukul..entahla saya tak tahu kenapa.sedih bila tengok anak kita nangis je..mungkin dia sakit..tu yang dia nangis, tak tahu nak cakap jadi nangislah. saya harap bila dah habis pantang ni, Azid baik. doakan ye kawan-kawan.

Monday, May 21, 2012

si agen amway

Amway Post Natal Care,, erm ni dia set lepas bersalin yang saya guna. Oleh sebab my baby kena jaundise, saya tidak dibenarkan makan apa-apa jamu sampailah baby sembuh.agak lama my baby kena jaundise. so, after 3 weeks barulah saya makan jamu ni semua. sekarang ni baru rasa nak berpantang macam mula bersalin dulu..pakai bengkung, minum teh herba dll..haha. walaupun kat situ tulis diambil selepas 5 hari bersalin.tak pelah omputih kate better late than never.

Disebabkan 3 weeks baru nak beli post natal set ni..mood tu ade kurang sikit.huu..nak cari set bersalin yang murah je..yelaa dah 3 minggu badan dah sihat sikit, tak macam lepas bersalin dulu..nanti beli mahal2 tak habis pakai.kan membazir. my sis pakai Nona Rogai..(tak tahu eja camne)..dia kata ok and serasi ngan brand ni..ingat nak try brand ni masa sebelum bersalin dulu.tapi sebab lambat dah nak makan jamu, then harganya RM340..pk sepuloh kali kot nak beli...haha..nak sihat and cantik tapi kedekut!

Amway Post Natal Care ni bagi saya harganya berpatutan dan sangat2 berbaloi...RM230 je..tapi boleh dapat banyaak! dengan bengkung sekali.tengok jelaa dalam gambar atas tu..my sis kate pon banyak..bunyi die cakap macam jeles je ngan I punye set postnatal ni.hehe yelaa die punye mahal..sanggup tu saya pergi ke Batu Pahat, semata-mata nak beli set ni.kat Pontian tak de Amway shop.huhu so terpaksalah cari kat BP.

Haa, sapa2 lepas ni masih tak tahu nak cari set lepas bersalin pe, saya syorkan Amway..hihi. boleh order kat saya kalau nak :P tak pon p daftar jadi ahli amway...kuikui..tetibe terpromot Amway kannn.. taklah, saya bukan nak bisnes amway..saya jadi ahli sebab nak pakai utk diri seniri je. :)



Friday, May 18, 2012

kisah seterusnya


 Lepas 2 hari kat hospital, saya and baby dah boleh balik daa.seronoknya masa tu rasa, sebab tak best lah dok kat hospital lama-lama..daddy Harish pon dah tak sabar-sabar nak kami balik. :")

Bila dah kat rumah tu,nurse datang melawat nak check saya dan baby..bila di'check' adik ada kuning. erm terpaksalah kami ulang-alik dari rumah ke klinik pastu hospital sebab nak check tahap kuning adik. bukan adik je ada masalah saya pun...de masalah tak boleh buang air besar. pergh azabnye..rasa macam nak bersalin kali kedua rase sakitnya..

sedih sangat sedih..bila adik kena masuk hospital semula.sebab bacaan kuning adik agak tinggi satu hari tu..15.8. 4 hari jugaklah kami di hospital. dengan saya yang tak stabil lagi..nak jaga jahitan..sangat bosan bila dekat hospital tu..nak-nak nurse yang sangat &*&^%!* melayan saya and baby. tapi tak semua lah nurse macam &%##*&&!! nurse shift malam je macam tu..tapi yang shift siang baik..thanks to nurse shift siang but no thanks to nurse shift malam..no need to tell what they've done to us..huhu
Harish bawah ketiak mummy :)

Hari-hari darah Harish diambil..sian kan, ini tangan comel die

Harish tidur bawah lampu biru

Harish tidur tak pakai baju...hehe

Empat hari di hospital sangat tak seronok. Kalau boleh nak balik cepat-cepat.tapi kuning Harish kena turun bawah 14 baru boleh keluar..Hari-hari daddy Harish datang.dialah kekuatan saya..if dia tak datang melawat kami rasa macam sedih je..walaupun kat hospital, bukannya nurse jaga kita all the time..tapi bila daddy Harish datang, dapatlah dia tolong saya jaga Harish dan jaga saya sekali.

Bila dah balik rumah semula, memang saya and bb belum betul-betul stabil...2 minggu lepas bersalin macam2 dugaan.tapi alhamdulilah sekarang saya dah sihat dan boleh senyum and bergelak ketawa :D thanks daddy sebab sabar jaga mummy and bb..thanks juga to my mak and abah and semua family sebab faham keadaan saya.esp mak yang baanyakk bersabar menjaga saya and baby time pantang nih.thank you mak,, love you so much.

Sunday, May 13, 2012

welcome to the world!


assalamualaikum
sunyi sepi je blog ni kan (bunyi cengkerik)....lama blog ni tak berupdate. ini disebabkan tuan punya blog sedang berpantang. sekarang ni baru terasa nak mengupdate blog dengan berita terkini..cewahh.

18 haribulan April 2012...pukul 8.59 pagi, lahirlah seorang putera bernama Muhammad Harish bin Mohd Hazam ke dunia ini. selepas mummy nya berjuang selama lebih kurang 3 jam dalam labour room tu. pheww.

kisahnya begini...

malam 17.04.2012..
sedang menyiapkan assignment yang hampir nak siap tu..perut rasa sakit-sakit. rasa sakit perut yang kerap. ini tak boleh dibiarkan.nurse kate kalau dah rasa sakit perut tu, kena terus g hospital. malam tu saya plak asik kencing je. da rasa takut ni, nak bersalin kah aku? (cakap dalam ati)...erm p masuk bilik kejutkan husband, nangis2 cakap nak g hospital.sebelum tu tanya mak dah berpuluh kali nak g hospital ke tak. mak suruh pergi je. saya nangis bukan apa, rasa sakit n takut tu yang nangis tu.. then terus kami g hospital, beg baju saya n bb memang da stanby dlm kereta.

18.04.2012 @ 12am mcm tu
nampak gayanya tidur hospital la saya malam ni. en husben kena balik uma la...so sad..tak dapat tdo ngan die :P malam tu nurse check saya..jalan baru buka 1cm..so die suh saya salin baju and p tido dalam bilik.erm bile tukar pakaian tu, mmg darah dah keluar sikit. dalam aty rasa, wahh aku dah nak bersalin ni..cuaknye.. tapi dari pagi tu..12am sampai la ke subuh..memang tak boleh tido..sakit perut yang amat sangat..bb mengeras je setiap beberapa minit. menangis and meraung dalam bilik tu dah macam ape..takde sape yang dengar..nurse pon tak boleh buat apa.rasa macam dah nak terberanak dah...huhu

pagi dalam pukul 6 kot...saya dikejutkan...nurse suh masuk satu bilik ni die nak check jalan..dah buka 4cm..die suh saya p mandi dulu and then masuk labour room. masuk labour room dalam pukul 7 macam tu..sempatlah saya texted husband cakap saya dah nak bersalin..

dalam labour room tu...Ya Allah tuhan saja yang tahu macam ne sakitnya nak bersalin tu.sampaikan masa awal baby belum keluar tu saya ada perasaan tanak mengandung lagi.tapi bile je baby dah keluar, rasa lega yang amat..then saya berubah fikiran 'akan difikir-fikirkan utk anak yang seterusnya'..hehe en husben masuk labor room lambat, die dapat tengok masa baby tu betul2 nak keluar..tak tengok dari awal.sebabnya pagi tu die pegi kerja. tak sangka saya akan bersalin secepat tu.

inilah die pic hero mummy and daddy..sayang sangat kat adik. :)

 
 


memang tak dapat nak lupakan saat-saat yang mendebarkan tu.tapi alhamdulilah saya dapat lalui semua tu.sekarang ni tanggungjawab saya dan en suami plak nak membentuk anak ini menjadi anak yang soleh. semoga adik jadi anak yang baik.amin

ps: 2 hari selepas bersalin di hospital baru bole balik..tapi kisah kami tak terhenti di situ saja.erm tunggu kisah kami seterusnya... :)