Monday, December 31, 2012

cek acek 9kilo dah






besar dah sekarang anak mummy sorang ni.. sekarang berat dia dah 9kg, 8 bulan. erm semangat gak.dah pandai manjat-manjat and merangkak. terhibur ngan keletah cek acek ni. mulut dia yang kepoh tu tak terlayan mummy..ssuka mummy dengar dia membebel..haih laa ikut sapa la tu kan suka membebel???tehehehe

Soalan dari encik husben

Hubby: Bila mummy nak tambah adik lagi?
Me: Kenapa tanya mummy?? tanyalah kat makabah..bila nak tambah lagi adik..(muehehe..gelak jahat!)

Terus incik husband tukar soalan,

Hubby: Bila adik (refer to Azid) nak dapat adik lagi??
Me: Err....erm tunggulah adik dah besar dulu..da setahun ke..
Hubby: BAIK!

Haha..unexpected questions from my hubby. bila nak dapatkan adik utk adik lagi...hehe :) Tunggulah cek Acek mummy tu da besar sikit.inshaaAllah, tak sabar gak. suka tengok orang preggy sekarang ni. kalau nampak ppuan mngandung,dalam hati mesti cakap..eh, dulu aku pon macam ni gak.tetiba terasa nak ada baby dalam perut.hee

Wednesday, December 12, 2012

the best thing bout him

antara perkara yang membahagiakan saya bersama Azid bila Azid nak saya sorang je..tanak orang lain.he of course la sebab saya ni mummy dia. tapi tula perasaan yang membahagiakan. senang cita, anak saya ni nak manja dengan mummy dia je..daddy tak sangat.heheh. mana taknya berkepit dengan mummy 24 jam..daddy g kerja.huuhuu alhamdulilah happy sangat. :)

Wednesday, December 5, 2012

lil precious

i have nothing to say, just wanna upload my recent pic with my little precious. 

i love you Acek! (Adik + Ecek = Acek)



Wednesday, November 28, 2012

penat yang best

so sleepy selepas seharian jaga Azid.pheww! siang tadi Azid susah mao tido.selalu senang je nak tido siang, tapi siang tadi golek punya golek, kelek punya kelek, dia tak maO tidoQ...haha after Maghrib tadi barula Azid tido.hai laa...gini la jadi mummy kan? tak cukup tidur tu memang dah biasa lah.. tapi semua tu hilang bila tengok si Azid ni senyum dengan lesung pipit yang dalam.hihi.

Friday, November 23, 2012

update status Azid

assalamualaikum
lama mummy tak update blog ni..dari sepi tanpa brita meh la mummy update sikit pasal Azid..eceyy mummy sekarangg!

Azid sekarang sejak dah 6 bulan baru nampak warna kulit yang sbenar..ahaha..sbelum ni tak berapa nak cerah..tapi now orang cakap di macam anak cina.mata sepet.heheh ikut sapa lah tu...mummy and daddy dia takde macam cina pon.ekekeke! tengok sajelah pic yang bawah ni..mat boongaa! ini smua angkara sepupu dia Cot yang dukung tu..comey plak anak mummy ni ada flower kat bunga..tapi ingat! Adik boy tau! :)


si bambam...memang rasa nak geget, cubit2 je pp budak tecik ni.FYI berat Azid masa 6bln 8.3kg..untuk 7 bulan tak timbang lagi.lepas 6 bulan check ke klinik 2 bulan sekali.sebabnya Azid tak de masalah brat badan. sentiasa menaik, tapi tak obes ye..cantik je perkembangan graf Azid.


 Azid dalam usaha untuk merangkak.tapi lum pandai lagi..takpe, slow2 dear. lama-lama nanti msti pandai.bila dah pandai jalan nanti mmy n ddy ajak g jogging taman ey..hehe.sebenarnya nak ajak teman mummy exercise, almaklumlah berat skarang dah 59kg.huhu..terasa berat plak.

oklah, nak sambung wat kja sikit.smentara Azid tidur tu yang update blog kjap.Live update dari Sanglang lagi uuu..uma my MIL.hehe

Thursday, October 18, 2012

short update

Azid da 8.3 kg..semangat anak mummy sekarang.hehe harap-harap Azid sihat. malam tadi dia asyik  menangis tak tahu sebab apa...huhu sian Azid.

Monday, October 1, 2012

si manja dah ada gg!

my syg sudah nak tumbuh gg..mula2 tu just nampak satu titik kecik pada gusi Azid..but today I noticed ada 2 btg gigi Azid nak tumbuh.patutlah semalam badan dia dedar..mcm nak demam.merengek,manja bukan main..haihh smpai tak larat mummy nak layan.huu biasa memang macam tu la...time malam je nak dukung dulu, kasi minum susu, sampai mummy pon terlelap sebelah Azid. sedar-sedar dah tertido smpi tengah malam.siann daddy Azid balik keje malam mummy dh tito....huisshh kepenatan yg amat dr balik sekolah smpai ke malam jg si kecik ni...tu baru sorang.tatau lah bila anak dah rmai nanti..heh :)

ps.congratulation to my friends yang dah nak dapat anak lagi..and ada dah 2 pon anak die..waah, rezeki masing2 kan? me? oo, tunggulah si azid ni besar dulu, baru lah pk nak dapat adik lagi...ngee~

Saturday, September 29, 2012

si comot yang comel


suka tengok pic ni..gembira je si kecik ni.bukan senang nak snap pic die macam ni. Azid ni susah nak senyum..muka serius je, contoh mcm gba kat bawah ni. so bile senyum sikit memang nampak lah lesung pipit die yang dalam tu..erm ikut sape? saya kot! hahah tapi orang tanak mempercayainya. yela saya kena senyum lebar dulu baru nampak lesung pipit.tak macam si Azid, die sikit je senyum dah boleh nampak.

si comot yang comel :)

Saturday, September 22, 2012

cerita malam

melihat si manja Azid tidur sangat membahagiakan...good nite everybody. :)

Sunday, September 2, 2012

my kesayangans


dah lama tak upload this blog yang  satu. erm tetiba pagi ni terasa nak update plak. of course la nak ceritakan tentang my little precious yang sorang tuu. cek tatau nak habaq lagu mana dah...haihh..tetibe terloghat utara plak...Azid sekarang dah banyak perkembangan yang boleh dilihat.sekarang ni dah boleh meniarap dengan seniri and dalam percubaan mengangkat badannya yang sihat tu. tangan dia menongkat badan..sat g da boleh nak merangkak kot...heee tak sabar mummy nak tengok Azid merangkak..yang bestnyer bile tengok Azid senyum...comel,, nampak gusi jer, and lesung pipit yang dalam.hihi 

ni la kesayangan hamba.  2 2 i sayang tau..daddy and Azid. daddy plak nampak cute..si Bambam Azid ni serius la pulak...heheh

 

Sunday, July 1, 2012

ajid beco daa :)

Salam Ahad semua! 

lamanya tak update blog ni. sekarang Azid tengah tidur dalam buai..dah beberapa hari ni dia selsema plak. hari tu macam dah baik, tapi malam tadi dia asik nangis je..then pagi dalam pkul 3 pagi pun nangis lagi.mungkin sebab hidung dia tak selesa, ada hingus. baby,, mana tahu hembus hingus kann..Jadi, apa lagi,, daddy dia sedut lah hingus Azid..waktu malam and 3 pagi tadi.erm sayang daddy Azid..tak geli pon. bisik kat Azid, jangan nakal2 tau nanti dah besar. :)

ini gambar Azid yang senyum..susaah betul nak tengok Azid senyum masa awal-awal dulu. mana taknye..nangis je lebih dari senyum. time dia tengah senyum hp tak de di tangan, kadang tu bila kita dah standby hp nak snap pic dia senyum..tak senyum2 lah plak si Azid ni..haish..hihi


Mummy nye pon nak inteprem gak..hihi Azid ikut muka saya tak? tang mata dia tu mmg sepetlah. mak kata mata saya sepet time kecik2 dulu. lagi satu kan..si Azid ni ada lesung pipit tau..2 belah pipi die ade lesung pipi..belah kiri die lekuk paling dalam..orang semua kate ikut sape. then saya cakaplah ikut saya ade lesung pipit sambil senyum.tapi semua tanak mengakui yang kat pipi saya ni lesung pipit. hahaha jelezz la tu. nantilah ada masa saya kasi tunjuk lesung pipit tu. :P
ps: tak sangka Azid dah muat pakai baju ni..dulu rasa baju ni macam besar je..now dah muat..dah besar dah anak mummy ni..love you darling.

Friday, June 15, 2012

my sleepless night

another sleepless night..uhuuu..so tired and sleepy..ginilah kalau dah jadi ibu ni.memang tiada masa untuk 'tidur untuk kecantikan' lagi dah..my baby, masa tidurnya tidak menentu.siang dia tidur lama, malam dia berjaga..pukul 2 baru tidur.oh my......malam tadi dah tak larat dah rasanya, dengan badan demam..so, lepas berjaga..have to pass the baby to my hubby..dia plak yang tidurkan..and bila dengan daddy pon dia tanak tidur gak..harus beri pada the 'master'...haha my mom lah..siapa lagi..kalau tak de emak tak tahulah macam mana.

ini si bambam saya....maaf kadang mummy dah tak sabar sangat,Azid tanak tidur and menangis je, kena pukk gak si bambam ni..sian Azid. 

ahaa, ni nak share pic time kenduri doa selamat and aqiqah Azid..cucu-cucu baru emak bergambar sama2..tahun 2012 ni makabah kaya dengan cucu..hihi

 dari kiri Muhammad Ali Nasarudin, Muhammad Harish & Zinnirah. besar lebih kurang sama je kan?



 pagi tadi pergi check kat klinik, berat Azid dah 5.5 kg and tinggi 60 cm.overall perkembangan Azid bagus..graf pon cantik naik.keep it up Azid! cuma janganlah kuat nangis lagi..malam untuk tidur tau, bukan untuk berjaga.

Tuesday, June 5, 2012

bulan 6

it's June!! how time flies...uhuu.~



now i have a hapi family.alhamdulilah, thanks to Allah. :)

tatau nak ckp macam ne...rasa life sekarang dah sempurna..i've my own family,, i've my job..alhamdulilah. maybe adalah sikit-sikit yang perlu di 'upgrade' in future, insyaAllah.sometimes bile tengok orang lain rasa ada sikitlah jeles dengan life dorang yang sangat bertuah...yelah bertuah dari segi macam2 lah.huhu tapi bila fikir2kn balik, saya perlu bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang Allah beri rezeki yang tak ternilai buat saya. saya rasa lebih selesa dengan kehidupan yang sederhana ni. and bersyukur juga kerana saya dpt bersama dengan orang-orang yang saya sayang..

bila ingat-ingat balik, baru bulan April lepas...dapat status baru.status as a mummy. saya dah lalui saat berpantang (awal-awal) yang sangat menguji kesabaran saya. masa tu betul-betul rasa stress and down. pengalaman pertama la katakan. after this pasti saya akan lebih well prepared in everything, huhu.terasa diri ni sangat menyusahkan orang di sekeliling, esp my husband n family..erm, saya bukanlah seorang yang penyabar..so, boleh imagine tak macam ne org di sekeliling sy menjaga saya? tentulah mereka terpaksa bersabar dengan karenah saya yang tengah sakit2.huhu

sekarang tengah belajar jadi seorang yang penyabar..memang sangat susah, tapi saya akan cuba. dulu sebelum jadi cikgu saya selalu terfikir, boleh ke saya jadi seorang guru yang penyabar melayan karenah anak murid yang macam2..erm mmg susah, tp lama-kelamaan bila saya cuba kawal kemarahan..dptlah sikit jadi seorang yang penyabar dengan anak murid.tp kkdang tu, ada gak terlepas jadi singa dalam kelas..haha now sekarang dengan anak...memang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi..esp bila anak kamu ialah seorang yang sangat kuaat nangis, tak kira masa..uhuuu...everything i have to adjust myself, for eg masa tidur, makan semualah...mula2 memanglah tak biasa sangat.sampai sekarang pon masih lagi mencuba..huhu susah gak nak jadi seorang ibu..but i really amazed with my mother, cos she can handle everything from early in the morning till at late midnight..saya harap saya akan jadi sekuat and seikhlas my mother.




Thursday, May 31, 2012

apabila bergelar ibu

dah jadi ibu ni antara kewajipan yang perlu dilaksanakan ialah menyusukan bayi. dalam banyak-banyak susu bayi, susu ibulah yang paling mahal dan berharga, bukan susu Enfagrow, Anmun, Gain Plus etc..huhu  betul tak ibu-ibu semua? kewajipan menyusukan bayi ni ada disebut dalam Al-Quraan

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.." (Surah al-Baqarah 2.233)

Alangkah seronoknya bila seorang ibu itu dapat menyusukan anak dia selama 2 tahun.tentu rasa puas dan bahagia sekali. Semasa mengandung saya diberi pendedahan tentang susu ibu..penyusuan secara exclusive..iaitu bayi diberi minum susu ibu sahaja selama 6 bulan..and macam2 lagilah yang nurse bagi tahu ttg kebaikan susu ibu ni. and i think semua orang pon tahu tentang kebaikan susu ibu ni.

ok, gambar di bawah ialah hadiah buku tentang susu ibu yang saya dapat daripada my beloved friend. Ada macam-macam info yang berguna dalam buku ni esp untuk para ibu n bakal ibu.utk bapa pon bagus gak buku nih.
 

Terima kasih pada kawan saya Juhana yang bagi saya hadiah buku ni. Bila saya baca buku ni terasa sedih sangat tak dapat nak bagi baby saya fully susu ibu. Now, my baby minum susu badan and susu formula..dah campur dah. At first memang nak kasi dia susu ibu jer..2 minggu lepas bersalin memang Harish minum susu badan je. Sebab die kena jaundise, saya mmg kena kasi dia minum susu banyak2 supaya kuning die cepat hilang.tapi agak lama jugak lah jaundise die, dah 15 hari pon masih ada kuning lagi. dah cuba macam-macam tapi still tak berkesan. at last, saya kasi die susu tepung,, then die buang air, barulah kuning die turun. erm start from that saya kasi die minum susu formula..

sebab nak sembuhkan penyakit kuning Harish, terpaksa lah beri susu formula. then bile dah baik tak perlu dah beri susu formula.tapi anak saya jenis yang kuaat sangat menangis, dan kuaat minum susu. kadang-kadang bila beri susu badan dia asik menangis and macam tak puas je minum. so terpaksalah jugak saya bagi die susu formula ni. jeles betul bila tengok orang boleh perah susu and simpan susu dalam kuantiti yang banyak..berbotol-botol. saya paling banyak pun sehari boleh simpan 5 auns. tak banyak mana 5 auns tu..sebab my baby kuat minum susu..5 auns tu sekali minum jaa..tapi bila dapat perah susu, 5auns tu saya rasa gembira sangat..kadang perah dapat 1 auns je pon saya rasa seronok, sebab dapat beri baby susu saya.

doktor memang nasihatkan saya bagi bayi susu ibu..tapi dia tak tahu keadaan yang sebenar saya hadapi. sekarang ni apa yang saya boleh buat ialah beri susu badan sebanyak yang boleh. kurangkan susu formula. ada beza tau anak yang minum susu ibu ni dgn yang x minum susu ibu. antaranya ialah anak kita lebih cerdik, rapat, lebih mendengar kata dll..it's true, saya ada 4 orang adik beradik..3 orang adik beradik mak beri minum susu badan selama 2 tahun..cume sorang kakak saya ni mak beri mnum susu badan selama 6 bulan..dari segi IQ mmg kakak saya yang sorang ni tak berapa dalam study. 


apa-apa pun saya berharap saya diberi kekuatan untuk beri bayi saya susu badan.and berharap anak saya dah tak meragam sangat.so boleh beri dia susu badan tanpa masalah.


Monday, May 28, 2012

harish azid

pernah tak you all dengar dulu-dulu or even now pon ada, kalau baby asik sakit je ditukar nama? pernah tak pernah tak? saya selalu dengar  dari cerita mak.tapi just setakat dengar ditukar nama jela..takde plak saya tahu ada ritual lain..ahaa, ritual apakah?

dah jadi mak ni macam2 la perkara yang tak tahu jadi tahu. macam-macam kerisauan yang melanda seorang ibu ni sebenarnya.rasanya macam tula dulu makabah kite risau kalau kita sakit.

apa yang merisaukan saya sekarang, my baby tersangatlah kuatnya menangis.tak tahulah nak buat macam na.risau sangat. so, pergi bawakan Harish ni berubat. first time pergi dengan bidan ni, dia urutkan. Ya Allah, kuatnye dia menangis bila kena urut. keluar semua angin-angin dalam badan Harish.macam orang tua angin nya..bidan yang urut tu, urut and keluarkan angin dari mulutnya (mulut mak bidan ye). sebenarnya Harish tak pernah berurut, masa dalam hari tukang urut cume urut saya je..baby tidak.cos die tak pandai urut bayi and die bukan bidan. susah nak cari bidan kat kampung saya ni (nama je kg, bidan pon susah nak cari..haha).

then, for the second time pergi berurut dengan bidan yang sama, diurut lagi, ada kurang lah anginnya. then ditukarkan nama, jadi Muhammad Azid..inilah ritual yang saya nak ceritakan tu..ini amalan orang Melayu, kalau bayi yang selalu sakit2 or ada problem mungkin disebabkan nama tidak serasi. semalam saya jual anak saya kepada mak bidan, mak bidan beli then dia serahkan kembali anak tu kepada saya untuk dijaga. kira Harish ni  dah jadi anak angkat kepada mak bidan..siap dikasi nama lagi. itu jual anak.

ada yang saya dengar cerita dari mak..orang buang anak.bukan buang anak dlm sungai ke apa. ini cuma simbolik je. anak tu dibuang or diletakkan di mana-mana tempat, then orang lain akan ambil, pungut or kutip anak tu dijadikan anak angkat dan diberi nama. Sebagai contoh mcam pakcik saya..'dibuang' dan diberi nama..Pungut n Kutip (ada 2 orang pakcik). Sampai sekarang saya panggil dia Paman Pungut and arwah Paman Kutip.

saya cuma nak anak saya sihat je..saya nak dia cepat-cepat sihat and tak nangis-nangis lagi. nangis dia bukan nangis biasa,, luar biasa nangisnya, macam kena pukul..entahla saya tak tahu kenapa.sedih bila tengok anak kita nangis je..mungkin dia sakit..tu yang dia nangis, tak tahu nak cakap jadi nangislah. saya harap bila dah habis pantang ni, Azid baik. doakan ye kawan-kawan.

Monday, May 21, 2012

si agen amway

Amway Post Natal Care,, erm ni dia set lepas bersalin yang saya guna. Oleh sebab my baby kena jaundise, saya tidak dibenarkan makan apa-apa jamu sampailah baby sembuh.agak lama my baby kena jaundise. so, after 3 weeks barulah saya makan jamu ni semua. sekarang ni baru rasa nak berpantang macam mula bersalin dulu..pakai bengkung, minum teh herba dll..haha. walaupun kat situ tulis diambil selepas 5 hari bersalin.tak pelah omputih kate better late than never.

Disebabkan 3 weeks baru nak beli post natal set ni..mood tu ade kurang sikit.huu..nak cari set bersalin yang murah je..yelaa dah 3 minggu badan dah sihat sikit, tak macam lepas bersalin dulu..nanti beli mahal2 tak habis pakai.kan membazir. my sis pakai Nona Rogai..(tak tahu eja camne)..dia kata ok and serasi ngan brand ni..ingat nak try brand ni masa sebelum bersalin dulu.tapi sebab lambat dah nak makan jamu, then harganya RM340..pk sepuloh kali kot nak beli...haha..nak sihat and cantik tapi kedekut!

Amway Post Natal Care ni bagi saya harganya berpatutan dan sangat2 berbaloi...RM230 je..tapi boleh dapat banyaak! dengan bengkung sekali.tengok jelaa dalam gambar atas tu..my sis kate pon banyak..bunyi die cakap macam jeles je ngan I punye set postnatal ni.hehe yelaa die punye mahal..sanggup tu saya pergi ke Batu Pahat, semata-mata nak beli set ni.kat Pontian tak de Amway shop.huhu so terpaksalah cari kat BP.

Haa, sapa2 lepas ni masih tak tahu nak cari set lepas bersalin pe, saya syorkan Amway..hihi. boleh order kat saya kalau nak :P tak pon p daftar jadi ahli amway...kuikui..tetibe terpromot Amway kannn.. taklah, saya bukan nak bisnes amway..saya jadi ahli sebab nak pakai utk diri seniri je. :)



Friday, May 18, 2012

kisah seterusnya


 Lepas 2 hari kat hospital, saya and baby dah boleh balik daa.seronoknya masa tu rasa, sebab tak best lah dok kat hospital lama-lama..daddy Harish pon dah tak sabar-sabar nak kami balik. :")

Bila dah kat rumah tu,nurse datang melawat nak check saya dan baby..bila di'check' adik ada kuning. erm terpaksalah kami ulang-alik dari rumah ke klinik pastu hospital sebab nak check tahap kuning adik. bukan adik je ada masalah saya pun...de masalah tak boleh buang air besar. pergh azabnye..rasa macam nak bersalin kali kedua rase sakitnya..

sedih sangat sedih..bila adik kena masuk hospital semula.sebab bacaan kuning adik agak tinggi satu hari tu..15.8. 4 hari jugaklah kami di hospital. dengan saya yang tak stabil lagi..nak jaga jahitan..sangat bosan bila dekat hospital tu..nak-nak nurse yang sangat &*&^%!* melayan saya and baby. tapi tak semua lah nurse macam &%##*&&!! nurse shift malam je macam tu..tapi yang shift siang baik..thanks to nurse shift siang but no thanks to nurse shift malam..no need to tell what they've done to us..huhu
Harish bawah ketiak mummy :)

Hari-hari darah Harish diambil..sian kan, ini tangan comel die

Harish tidur bawah lampu biru

Harish tidur tak pakai baju...hehe

Empat hari di hospital sangat tak seronok. Kalau boleh nak balik cepat-cepat.tapi kuning Harish kena turun bawah 14 baru boleh keluar..Hari-hari daddy Harish datang.dialah kekuatan saya..if dia tak datang melawat kami rasa macam sedih je..walaupun kat hospital, bukannya nurse jaga kita all the time..tapi bila daddy Harish datang, dapatlah dia tolong saya jaga Harish dan jaga saya sekali.

Bila dah balik rumah semula, memang saya and bb belum betul-betul stabil...2 minggu lepas bersalin macam2 dugaan.tapi alhamdulilah sekarang saya dah sihat dan boleh senyum and bergelak ketawa :D thanks daddy sebab sabar jaga mummy and bb..thanks juga to my mak and abah and semua family sebab faham keadaan saya.esp mak yang baanyakk bersabar menjaga saya and baby time pantang nih.thank you mak,, love you so much.

Sunday, May 13, 2012

welcome to the world!


assalamualaikum
sunyi sepi je blog ni kan (bunyi cengkerik)....lama blog ni tak berupdate. ini disebabkan tuan punya blog sedang berpantang. sekarang ni baru terasa nak mengupdate blog dengan berita terkini..cewahh.

18 haribulan April 2012...pukul 8.59 pagi, lahirlah seorang putera bernama Muhammad Harish bin Mohd Hazam ke dunia ini. selepas mummy nya berjuang selama lebih kurang 3 jam dalam labour room tu. pheww.

kisahnya begini...

malam 17.04.2012..
sedang menyiapkan assignment yang hampir nak siap tu..perut rasa sakit-sakit. rasa sakit perut yang kerap. ini tak boleh dibiarkan.nurse kate kalau dah rasa sakit perut tu, kena terus g hospital. malam tu saya plak asik kencing je. da rasa takut ni, nak bersalin kah aku? (cakap dalam ati)...erm p masuk bilik kejutkan husband, nangis2 cakap nak g hospital.sebelum tu tanya mak dah berpuluh kali nak g hospital ke tak. mak suruh pergi je. saya nangis bukan apa, rasa sakit n takut tu yang nangis tu.. then terus kami g hospital, beg baju saya n bb memang da stanby dlm kereta.

18.04.2012 @ 12am mcm tu
nampak gayanya tidur hospital la saya malam ni. en husben kena balik uma la...so sad..tak dapat tdo ngan die :P malam tu nurse check saya..jalan baru buka 1cm..so die suh saya salin baju and p tido dalam bilik.erm bile tukar pakaian tu, mmg darah dah keluar sikit. dalam aty rasa, wahh aku dah nak bersalin ni..cuaknye.. tapi dari pagi tu..12am sampai la ke subuh..memang tak boleh tido..sakit perut yang amat sangat..bb mengeras je setiap beberapa minit. menangis and meraung dalam bilik tu dah macam ape..takde sape yang dengar..nurse pon tak boleh buat apa.rasa macam dah nak terberanak dah...huhu

pagi dalam pukul 6 kot...saya dikejutkan...nurse suh masuk satu bilik ni die nak check jalan..dah buka 4cm..die suh saya p mandi dulu and then masuk labour room. masuk labour room dalam pukul 7 macam tu..sempatlah saya texted husband cakap saya dah nak bersalin..

dalam labour room tu...Ya Allah tuhan saja yang tahu macam ne sakitnya nak bersalin tu.sampaikan masa awal baby belum keluar tu saya ada perasaan tanak mengandung lagi.tapi bile je baby dah keluar, rasa lega yang amat..then saya berubah fikiran 'akan difikir-fikirkan utk anak yang seterusnya'..hehe en husben masuk labor room lambat, die dapat tengok masa baby tu betul2 nak keluar..tak tengok dari awal.sebabnya pagi tu die pegi kerja. tak sangka saya akan bersalin secepat tu.

inilah die pic hero mummy and daddy..sayang sangat kat adik. :)

 
 


memang tak dapat nak lupakan saat-saat yang mendebarkan tu.tapi alhamdulilah saya dapat lalui semua tu.sekarang ni tanggungjawab saya dan en suami plak nak membentuk anak ini menjadi anak yang soleh. semoga adik jadi anak yang baik.amin

ps: 2 hari selepas bersalin di hospital baru bole balik..tapi kisah kami tak terhenti di situ saja.erm tunggu kisah kami seterusnya... :)

Tuesday, April 3, 2012

alhamdulilah buat mereka

melihat pada kawan-kawan yang sudah melahirkan baby,, rasa sedikit gementar pada diri. erm selamat dah mereka lahirkan baby..saya rasa masa saya pon sudah dekat..sekarang ni dah tak larat sangat nak bergerak sana-sini.agak penat dan mengah. baby pon dah makin besar.nampaklah perbezaannya bila dah 9 bulan ni. perut semakin membesar dah tak boleh disorok dah..memang pon. :P seronok tengok mereka yang dah lepas.saya ni haa taktau bila, awal ke lambat dari due datenye. sekarang ni ada gak sikit-sikit rasa sakit..huuu doakan saya selamat ye.

Sunday, April 1, 2012

sabar itu indah

sudah masuk minggu ke 36..bulan April.macam-macam boleh berlaku kan.alhamdulilah, walaupun kelengkapan belum cukup lagi, tapi sekurang-kurangnya kelengkapan yang wajib dah ada. almaklum saje lah, gaji belum masuk lagi..harapkan gaji suami je, itu pun tak cukup.tapi saya faham, and baby pun faham kesusahan mummy and daddy dia.dari mula-mula lagi kan baby? dari masa praktikum, awal mengandung..baby tak banyak ragam..mummy xde morning sickness pon.mesti sebab baby faham mummy tengah study lagi...praktikum plak tu..then,, dari mummy n daddy tak de kereta, sampai sekarang dah ada kereta.baby tak kisah pun naik moto ujan-ujan dengan mummy and daddy kan?..baby kuat...baby bertahan lagi ye..harap-harap baby selamat.tak sabar nak tengok hero mummy ni.




saya yang sabar menanti.

Wednesday, March 28, 2012

Week 35: It's getting cramped in here!

Fetal development in pregnancy week 35

~length
18.2 in | 46 cm
~weight
5.25 lbs | 2.4 kg
Congratulations! You’re now carrying over 5 pounds of baby-goodness - not counting their amniotic fluid, the umbilical cord, or the placenta itself.

Developmentally, your wee womb-tenant has the fat-factory running at full tilt while their digestive system puts the finishing touches on critical organs in preparation for their first meal (remember - before birth, all of their nutrition was blood via the umbilical cord).

With their first meal in mind, it's time to look forward to one of the most important things you'll do for your infant - namely, keeping them alive with nothing more than your breasts.
If you're still unsure whether you want to breastfeed, just check out our "Ten Reasons to Breastfeed" in Week 28.

Saturday, March 24, 2012

Week 34: Mama, I'm movin' downtown!

Fetal development in pregnancy week 34

~length
17.7 in | 45 cm
~weight
4.7 lbs | 2.1 kg
Your amazing baby is on the move!
Until now, your wee womb-squatter's been living fairly high up in your poor stretched-out womb - blithely compressing your poor lungs and internal organs.

This week your baby's going to pack their tiny bags and make the epic shifting move to your pelvis - commonly referred to as the time when baby "drops".

If you haven’t noticed it already, you’ll be feeling the weight shift indicating your baby is most likely out of breech position (if they're being stubborn, check out 17 Ways To Turn a Breech Baby) with their head now resting on your pubic bone.

When baby drops this may also give you some horrific stabbing back pain as they press on your sciatic nerve. If that's the case, get off your feet and try to do some spine-lengthening stretches to help your baby move OFF that poor throbbing nerve.

In developing internal-organ news: although not quite fully formed, your little poop-factory's liver is now capable of processing a certain amount of waste.

Because your baby's liver is not quite birth-ready, it's common for newborns to get a case of mild and harmless jaundice (signaled by a slight yellowing of the skin).

Jaundice is the result of your baby's body producing more bilirubin (a by-product of blood production) than the liver can currently breakdown, leading to a subtle yellow tinge that goes away in a few days.

Babies born earlier than their due date tend to have moderate to severe jaundice, which - in the hospital, will be treated via light therapy to help their body break the bilirubin down.

For home-birthers, jaundice is easily dealt with by increased breastfeeding (to help their body pass the bilirubin) and "naked time" for baby in a warm sunlit area for 10 minute intervals throughout the day until it disappears.

...

semakin tak larat...huu Ya Allah kuatkanlah aku...

Sunday, March 18, 2012

before monday

hati rasa lega sikit if baby dah gerak2 10x before 8pm..erm so hari ni baby sangat aktif, pukul 2pm tadi dah cukup baby gerak 10x...gud baby.risau mummy kalau baby tak gerak tau.tak kisahlah nak wat street dance ke, joget ke, kuak lentang ke kat perut mummy...asalkan baby gerak.hehe dan lagi satu harap-harap baby selesa dalam perut mummy and sihat ye bila keluar nanti. :)

20 hb Mac. ade appointment ngan klinik kesihatan lagi.harap-harap kondisi saya bertambah oke, sampailah bersalin nanti..rasa-rasa saya baby macam nak keluar awal je..hehe tataulah..tak sabar sangat nak tengok baby kot... tu sebab cakap macam tu...:) tapi tu cume perasaan je..mungkin salah..stanby jelah kan.walau tak berapa nak stanby sangat.baanyaakkk lagi barang-barang baby tak beli tau..harap-harap gaji dah boleh dapat bulan ni..boleh shopping barang banyak sikit.untuk mummy and baby..

Thursday, March 15, 2012

suara baby tomeh saya

 masih dalam mood anniversary lagi..lalalalala~ :)
tak habis-habis.hehe bulan Mac bulan saya.


erm baby dah 33 minggu...setiap hari kena kira pergerakan baby..cukup ke tak 10kali.risau tau kalau baby tak cukup gerak 10x..setakat entri ini ditulis baby baru gerak 5x..risau-risau.selalu baby aktif, tapi hari ni kurang aktif plak.nurse kata kalau dalam pukul 8 baby tak cukup gerak 10x terus g hospital.

     

hari ni suruh encik husben letak telinga dia kat perut saya sambil bual2 dengan baby kononye...time die tengah dengar-dengar tu die dengar macam bunyi air, macam bunyi baby minum air..then die kata lagi dengar bunyi suara, macam suara baby,,halus je. wahh baby dah pandai respon kat ayah die...nak dengar suara baby jugak.. :)

ps: baby gerak lagi please....

Monday, March 12, 2012

my birthday & our anniversary

sudah setahun pun...dan bakal menimang cahaya mata..harap-harap semuanya selamat nanti..mummy selamat and baby pun selamat.tinggal lebih kurang sebulan je lagi...de rasa takut sikit lah.sebab ini baru first time kan.macam-macam difikirkan.huhu.nervous sangat..persiapan belum complete lagi.tapi tak per,, saya akan sentiasa bersabar..bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. dan saya bahagia bersamanya.

HAPPY FIRST ANNIVERSARY TO US~ ZAM & ZIHA


Week 33: I'm a chunky monkey!

Fetal development in pregnancy week 33

~length
17.2 in | 44 cm
~weight
4.2 lbs | 1.9 kg
For all the weight and bulk you’re lugging around these days, you’d think your little champ would weigh more than a mere 4 pounds!

But once you add in the placenta, amniotic fluid, and extra blood, you've got at least 10 pounds of baby and their life-support gear smooshed up against your organs!

In terms of appearance, your sweet lil' looker is getting cuter and pudgier every day as they pile on that adorable baby fat.

And as you know all too well, your womb kick-boxer is getting stronger with every passing day. Heck, it’s even possible to observe a well-placed belly-wobbling kick just by watching your belly!

Here's a fun game for when your kick-boxer is especially active: place a small object (baby blocks or a remote control) on your belly and see how far your star-kicker can lob that thing across the room!

Despite their obviously increasing strength, your bigger-by-the-day baby will actually start dropping their rate of movement in the last few weeks, no thanks to their restricted womb space.

If movement ceases for over an hour, drink some cold juice, lay on your side and wait for some added movement.

If nothing's happening at that point, go ahead and call your medical caregiver.
Hey, did you know you’ll continue feeling your baby's movements even during labor?

Friday, March 9, 2012

update kondisi

hari ni baby sangat aktif bergerak..alhamdulilah..mummy gembira sebab baby gerak2..main apa lah tu agaknya.hihi

lama tak berceritakan kondisi saya sekarang.erm dah masuk 33 minggu. so far badan rasa sihat sikit. sebelum ni masalah saya macam-macam. 2 daripada 3 masalah tersebut dah dapat diatasi. tinggal satu masalah iaitu kepekatan darah. masa 1 Mac lepas, saya pergi sekali lagi untuk check HB.memang tetap tanak naik banyak, naik 0.2 je..kepekatan HB sekarang ialah 10.7.susahnya nak naikkan HB semula. tag pada buku pon dah berubah dari putih ke hijau..ermm sebabnya hemoglobin kurang 11gm%.

then hari Rabu yang lepas, saya pergi jumpa doktor.masa kat klinik tu, macam-macam lah saya dengar perbualan dari kakak-kakak yang mengandung ni.saya tak kenal pon mereka, cuma tumpang dengar je. ada sorang kakak ni dah cukup bulan dah, but HB die turun 9..memang nampak kakak tu pucat je.perut dia pon tak besar.still boleh pakai seluar and t-shirt. macam saya juga..dah 8bulan perut tak besar sangat. huhu so, saya terdengarlah kakak ni mengadu, tak tahu dah nak makan apa lagi...HB tak naik-naik jugak.dengar dari perbualan dia, makan pegaga dah naik muak, tapi HB tak mahu naik-naik jugak. dalam hati saya berkata, OMG, dia yang makan sayur pon boleh turun HB, apa lagi saya yang kurang makan sayur..huhu

memanglah saya ni susah nak makan sayur, nak-nak sayur ulam-ulam ni.lagilah tak pandang..kalau buah, oke saya boleh terima. so pengganti pada sayur saya makan buah banyak2..nak2 buah jambu batu paling tinggi khasiat zat besinya.then kalau misi cakap suh makan hati ayam..wek, lagilah saya tak boleh terima. :( jadi pengganti pada hati ayam tu, saya makan kerang.hari ni semangkuk kerang saya makan.ntahlah, harap-harap naik HB saya nanti.

saya sampai menangis bila fikirkan masalah ni..risau kat baby.bila diasak dengan soalan nurse yang macam2, saya rasa sebak..tahan je air mata depan nurse.sebab tiap kali datang klinik ada je masalah. tapi saya berdoa harap2 baby sihat je  masa lahir nanti.amin


Sunday, March 4, 2012

Week 31: Another day... another ounce

Fetal development in pregnancy week 31

~length
16 in | 41 cm
~weight
3.3 lbs | 1.5 kg
This week, your amazing growing baby is around 3 pounds and 17 inches tall.
With each added layer of baby fat, your baby's wrinkly raisin skin starts to look more and more like it will when they're born.

The heavy news: you can expect your miracle-gro muffin to gain about a half a pound of weight per week from now until about two weeks before birth.

Your baby's developing immune system has made some serious gains over the past weeks getting them in full gear to face our disease-ridden world o’ wonders.

Even so, a large majority of your child’s immune strength will need to come from your milk in the first year.
Their cute little noggin’ (which could already be covered with luscious locks or just purty peach fuzz), is still soft because the skull bones have not yet fused together.

As disturbing as having an infant with a soft cracked skull sounds, it's pretty much a necessity for passage through the birth canal during labor.

If your baby is in your birth canal for an extended period, they'll come out with a bit of a cone head, as a result of their skull plates being compressed while in your rather snug birth canal. It's normal, harmless and their skull will even out into a more round, less cone-heady shape in the next few weeks.

Oh, and FYI: your baby may have that “soft spot” on their head for up to eighteen months after birth.

Sunday, February 26, 2012

aktiviti weekend.

ibu mengandung sangat penat hari ni...mengemas, membasuh dan memasak di hujung minggu..huhu. xpelah sekali seminggu je buat macam ni..weekdays sekolah then kadang hari Sabtu pon sekolah, tak sempat lah nak buat semua..ahh letihnyaaaa...

ps: x sabar nak tunggu kereta baru..nanti boleh jalan-jalan.selama ni merempit je.hehe

Wednesday, February 22, 2012

buat cik husna~love

ade request dari sahabat saya..Cik Husna.dia suh saya post kan pic latest saya.hehe ok, so this morning i was in a mood to take some pictures..yeah pic of my big tummy. :) well, it was not easy to fit ur face and tummy in a small camera lens..nak-nak bila u amik gambar seniri.so it became like this, half face and half tummy je yang nampak, hehe..


but if u take in front of the mirror, jadi lah macam ni...flash..but still i tak menghampakan Cik Husna,  u can see my perut buncit there.haha..
 so, nak amik gambar preggy i kena pandai cari angle yang sesuai..hehe sama ada dari sudut pandangan depan or tepi..cos u know what, if tengok dari belakang..for sure tak nampak macam ibu yang mengandung,, that's what one of my colleagues said..believe it or not, when i said i was 7months pregnant, the mothers at the school said it's not like 7months as compared to themselves when they're 7months..huhu nak buat macam mana kan...badan kita lain-lain..but i still got another 2 months..erm tak tahulah kan, badan boleh mengembang lagi ke tak..just wait and see.

last but not least..gambar saya buat tatapan semua..ceyy. pipi dah semakin chubby. kuat makan ni, sebab itulah pipi tembam.suke hati...hihi

kenapa tak boleh makan banyak?

i want to eat a lot! huhu tapi tak boleh...sedihnyer....kena kawal makan.sebab berat badan misi cakap naik.sepatutnya seminggu naik 1/2 kilo je..tapi saya sudah terlebih beberapa gram la seminggu..alaa, baru naik berapa gram,huhu...time mengandung ni lah selera makan saya tinggi. dah makan nasi nak makan sampingan lain.macam biskut ke, roti ke, kek, kuih...hui.misi cakap tak kurangkan makanan karbohidrat. kalau makan nasi, amik nasi sikit je..lauk lebih tak pe..huhu dah macam makanan orang nak kuruskan badan plak kan...padahal bukan saya yang nak makan..baby ni ha yang nak makan..heee salahkan baby plak. :) sekarang berat badan 64.5kg..berat badan asal 55kg.. tak pernah rasa seberat ini..pas bersalin kena dapat kan berat badan yang asal.

Week 30: 10 more weeks maman

Fetal development in pregnancy week 30

~length
15.7 in | 40 cm
~weight
3 lbs | 1.3 kg
Woohoo! You can finally see the finish line now that you're in the final quarter of the race!!!
Whether you felt like your pregnancy's been flying by or slower than a snail scaling Everest, you've arrived in your thirtieth week and your baby's cookin' beautifully!

In animal news: the fine lanugo hair that covers their little monkey-like body will start falling off this week in preparation for the big day.

Still, don't be too shocked if your baby ape is hairier than you’d anticipated. Some babies keep their lanugo after birth - which is totally normal, and it will fall off eventually.

Checking in on the fat factory: your little porker is getting even cuter with increasingly pudgy arms and legs, thanks to their ever-growing layers of subcutaneous brown fat.

In terms of numbers, your big ol' baby should be weighing in at around 3 pounds 12 ounces (or more!) and be nearly 16 inches long!

Keep up the good work you two!

ps: alhamdulilah, 10 more weeks to go..i just can't wait to see u my dear baby. mummy n ddy always wondering who u'll be look like,me or ur ddy. :) 

Monday, February 20, 2012

semasa dalam kandungan

lama tak update kt sini...hurm almaklumlah bizi sangat..kadang tu sampai hilang blog nak blogging.. sekarang usia kandungan dah masuk minggu ke30...dah minggu 30 ni macam-macam masalah timbul...kalau tak mengadu kt nurse nanti takut bahaya kat baby..bila dah mengadu terpaksa lah mengadap muke nurse selalu...aduhh nak buat macam mana kan..demi kebaikan baby jugak...

baru-baru ni masa buat check up kat Klinik Desa, HB sudah semakin menurun, masalah kencing kotor ada lagi, keputihan pon ada...huhu..nk nanges pon ade..rasa stress plak..stress nk pk mcm ne nk naikan HB semula dlm ms 2 minggu..nak pulihkn kencing kotor lg...huhu.

then, lepas dr check up kt KD hr Khamis yg lepas saya kena buat urine C&S di Klinik Kesihatan Pontian then High Vaginal Swab di KK Penerok..pheww 2 tempat yg berbeza saya kena g hari ni. HVS ni ujian die mcm buat ujian pap smear..HVS ni ujian utk mslh keputihan saya..doktor kata de fungus infection.. tak tahu la an nak buat apa lagi..rasa makn ubt dah..tp x baik2 lg...org kata time mengandung ni memang, masalah (kesihatan) yang tak pernah2 kita alami, time mengandung ni la kita akan dpt. nk buat mcm mana bersabar jela..semuanya ujian Allah.cuma saya berharap baby saya sihat dan selamat.

Tuesday, February 14, 2012

Week 29: I'm spleen-tastic!

Fetal development in pregnancy week 29

~length
15.3 in | 38.8 cm
~weight
2.5 lbs | 1.1 kg
If you’ve been feeling weird little fluttering butterflies in your belly, it’s not just your run-of-the-mill pre-birth performance anxiety.

Actually, it's your amazing baby with a case of the hiccups: a fairly common occurrence at this point, due to them practicing breathing for their big birthday.

In addition to getting a round of butterfly-like hiccups, your little swimmer has arduously managed to accumulate enough baby fat to account for nearly 3.5% of their overall body weight.

Yeah, compared to we lardy adults, it’s not very impressive, but considering they used to have NO fat, it’s certainly a healthy (and body-warming) accomplishment in its way.

Another fantastic life-critical accomplishment: your baby's spleen is now in charge of hematopoiesis — the 10 dollar name for the process involved in building up certain important blood components.

Monday, February 13, 2012

Week 28: I'm making blood, fat & hormones!

Fetal development in pregnancy week 28

~length
14.8 in | 37.5 cm
~weight
2.2 lbs | 1 kg
You know how you’ve been feeling like a whale with legs?
To state the obvious, that feeling isn't going anywhere until you finally get down to the hard work (aka labor) of evicting your womb-squatter.

For the time being, your little genius is in the fat collection business!
Despite being a bipedal whale, this fetal fat collection stuff is serious business, and you’ve got to put up with it because it’s going to keep your little porker warm and healthy after birth, since their brain will be unable to regulate their tiny baby-body's temperature.

Other good stuff from inside the womb: your little explorer's eyes are doing lots of blinking this week because they’re now responding to light and dark!

And in life-critical physical developments: your champ's tiny industrious bone marrow is now a major construction site for blood cells, while their super-cute adrenal glands are actually producing androgen and estrogen — which will stimulate your body to begin milk production.
Say “Moo”!

Monday, February 6, 2012

just chit chat

salam maulidurrasul buat semua.

hari ni hari Isnin, so saya berehat dari bekerja dan esok sambung cuti lagi iaitu sempena cuti Thaipusam.haha seronoknya. cuma yang buatkan tak seronok ialah badan tak berapa nak sihat lah. dah 2 hari demam. ermm pening kepala, selsema dan batuk. first day demam badan ada panas sikit. hari Sabtu baru-baru ni la..after balik sekolah dari aktiviti kokurikulum and meeting terus rasa badan dah tak larat. :( sekarang pon badan rasa xsihat lagi, tapi tetap nak menaip something kat blog nih, supaya blog ni tak sunyi sepi..huhu oklah mahu berehat sekejap..sambil fikir-fikirkan checklist untuk barang baby...sudah 7months preggy tapi tak start beli barang untuk baby pon..huhu xpelah perlahan-perlahan lah..

 



Week 27: I'm a survivor, I'm gonna make it!

Fetal development in pregnancy week 27

~length
14.5 in | 36.8 cm
~weight
2 lbs | 900 g
Your not-so-tiny-anymore baby (2 pounds and 14.5 inches long!) is slowly rotating in preparation to “head out” for the grand entrance on their birthday!

Now obviously, this doesn’t happen overnight, but when you start to feel a new sort of pressure "down there" (aka your cervix), you’ll know you’ve got a fully flipped locked-n-loaded womb-fruit waiting for the countdown to launch!

If you feel like they're still not flipped, don't worry, you've still got time.
Impressive physical developments of the week: your child's lungs are already capable of breathing air as their vascular system can now handle oxygen/carbon exchange and their brain stem can now regulate rhythmic breathing as well as their basal body temperature!

For what it’s worth, at this point in a healthy pregnancy - if you were to give birth prematurely, your tiny fighter could easily win on the show: “Survivor: The Early Years.”

Go ahead, give your belly a gentle hi-five!

Wednesday, February 1, 2012

perut & baby

salam~

ini bukan gambar perut saya! mesti ramai dah pernah tengok gambar ni kan..before pregnant pon saya dah pernah tengok gambar ni, tapi tak ingat kat mana. dalam hati berkata "wah menakjubkan, boleh nampak kaki baby lagi...tapi betul ke gambar nih?" haha tu yang buat saya selalu tertanya-tanya. kalau betul memang kagumlah saya.

gambar ihsan google
 si kecik dalam perut nih memang selalu menendang-nendang.memang saya selalu rasa..dapat rasa dia sedang bernafas dan kadang tu boleh nampak perut kita bergerak2 bila baby tendang. yang saya seronok bila dapat tunjuk kat en husband. muka dia excited bila nampak perut saya bergerak-gerak...he perut saya setiap hari makin membesar, but i hate people when they call me 'mak buyong',, rasa macam nak fire je..panggil lah hot mummy ke..barulah glemer kan..haha

ps: bahagia sangat bila en husband tak pernah lupa kiss saya dan perut (baby)sebelum pergi kerja or keluar rumah...alhamdulilah.


Monday, January 30, 2012

+30.01.2012+

salam~

cerita hari ini. appointment di klinik kesihatan buat sekian kalinya.saya kena minum air gula.again.huhu entah berapalah bacaannya kali ni. harap-harap tiada diabetis. hari ni saya ulangalik ulangalik dari sekolah ke klinik.almaklumlah sekolah dekat ngan klinik.pergi pukul 8 amek darah and minum air gula..tunggu 3 jam..so, saya balik semula ke sekolah, pukul 10 datang semula ke klinik amik darah lagi sekali..sakit gak kena amik darah kat lengan ni.

macam ni la rutin orang mengandung.huhu kena pergi klinik ikut tarikh-tarikh yang ditetapkan. lately saya rasa muka ni asyik g klinik je...penat gak.haih..you all tengok jela medical appointment i kat sidebar ni. 2hb Februari ni ada lagi..sebab hari tu mengadu ada masalah keputihan and then kencing kotor plak..masalah keputihan tu disebabkan perubahan hormon masa mengandung ni, jadi tak boleh nak buat apa lah...cuma kalau dah banyak tu rasa tak selesa plak..that's why kena amik ubat..masalah kencing kotor plak sebab kurang minum air...adehhh...ni tak tahulah...kadang tu rasa minum air da banyak..tapi kadang macam tak de mood nak minum air masak..dushh2!! amekaw! kan dah kena g klinik je...after die bagi ubat untuk neutral air kencing and antibiotik, dia suruh datang lagi nak check lagi...adesss...
Gambar dari google








































                                                                                                             


 yes i know,, i've to drink a looooot of water. tidak boleh tidak.degil la lagi tanak minum air banyak-banyak.suka kan pergi klinik hari-hari? -bebel untuk diri sendiri.