Thursday, August 1, 2013

cerita pantang

pantang selepas keguguran

ada banyak pendapat yang berbeza. mana satu nak ikut pun tak tahulah..ada org kata perlu berpantang seperti org bersalin dan ada yg kata tak perlu pun. jadi apa yang saya lakukan?? erm kalau ikutkan pada entri saya yg lepas mmg dlm family sy kurang mengamalkan pantang ms keguguran ni. ada amalkan pantang tapi tak delah ikut betul2 mcm org lepas bersalin tu..

kalau ikut kan hati, mmglah nak ikut pendapat yg 'tak perlu berpantang sgt'..ngeh3x..tp pikir2 balik, utk jangka masa panjang..perlu jugalah jg pantang..ini semua sebab hasil saya meng'google'...banyak jumpa info2 yg menarik ttg berpantang ni..kesimpulannya..saya ikutlah juga, mana yg mampu. mmg nurse nasihatkn saya berpantang selama 2 minggu..

ini ialah antara info yg buat sy sentap nak pantang betul2...hihi sumber sini


" Berpantang untuk wanita yang keguguran adalah lebih serius dari berpantang untuk wanita yang bersalin normal, hatta bersalin pembedahan. Sebab keguguran itu diibaratkan seperti buah mangga muda yang belum masak, direntap dari dahan. Manakala bersalin adalah seperti proses dimana buah mangga masak itu gugurnya secara sendiri."


1. Ibu keguguran tidak boleh bersejuk. Berkipas atau ber air-con adalah pantang yang besar. Sentiasa memastikan badan dalam keadaan panas.

2. Ibu keguguran tidak boleh terkena hujan hatta sepercik. Kerana air hujan ini bisa untuk ibu keguguran dan boleh meyebabkan bentan. Bentan urat dimana hujung lutut akan bertemu hujung dagu dan ibu akan menggigil kesejukan walaupun sudah diselimuti berpuluh selimut tebal.

3. Ibu keguguran dilarang bejimak dengan suami
dalam tempoh tertentu. jika usia janin ada 3 bulan ke bawah, maka pantang suami HARUS 30 hari. Jika janin berusia 3 bulan ke atas, eloklah berpantang suami selama 44 hari.

4. Jika usia janin yang gugur melebihi 3 bulan, maka di haruskan ibu berpantang itu berpantang seakan-akan orang yang bersalin, malahan lebih tertib lagi. Tidak digalakkan kerap bergerak untuk mengelakkan tumpah darah dan pitam. Yang terbaik dilarang keluar dari rumah selama 44 hari berpantang.

5. Pantang makan untuk keguguran:

Makanan Berangin- Ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.
Makan Sejuk serta Menjalar - Labu, Kangkung, Kacang Panjang, Timun
Buahan-buahan sejuk - Semua buah tempatan
Ikan berbisa: ikan berduri, terubuk, bawak hitam, sardin, pari
Dan segala makanan laut


Wanita yang tidak menjaga dirinya ketika berpantang keguguran, dia akan:

Tua wajahnya sebelum usia
Lemah tenaga syahwatnya yang menyebabkan kedinginan untuk bersama dengan suami
Susah untuk mengandung lagi
Banyak masalah peranakkan seperti tiba-tiba ada ketumbuhan dalam rahim seperti cyst, fibroid dan juga kanser(untk tahap yang kronik)
Akan mudah gugur lagi
Senang terkena meroyan yang akan terbawa-bawa hingga mencederakan anak sendiri.
Emosi yang tak stabil. Ni merujuk pada kes wanita yang kepala angin. Sekejap gelak. Sekejap nangis. Sekejap marah.
Mudah letih
Badan senang lenguh2. -lutut, tumit,pinggang, ari-ari.


*****************************

#okayy..so scary kan??  ada cerita scary dr org kg sy...org yg tgh pantang keguguran ni tak boleh jatuh or tersadung kaki ke ape. pd mula tu, org kg sy ni Cik A (bukan nama sebenar) mmg tak percaya langsung lah apa yg disampaikan. sehinggalah dia gugur ank kedua and dia terjatuh n tumpah drh..barulah dia percaya..sebab sejak dari tu dia tak boleh mgandung lg...cerita ni pon mak sy yg sampaikan ..mak suruh saya berhati2 jgn smpi jatuh..even dah agak lm tmpoh berpantang kte. so berhati-hatilah ye.

No comments:

Post a Comment