Friday, August 2, 2013

pantang doktor

+01.08.13+
saya dah berjumpa dengan doktor...doktor lelaki tu scan lg. ok la kut, da kosong tak de pe2 lg kat rahim sy. abis dari scan..doktor dok tulis mende tah dlm buku..and saya tunggu je ape doktor nak ckp. sebenarnya dari malam sebelumnya sy da fikir nak tanya macam2, macam ne nak pantang, kena berapa bulan baru mengandung, nak makan ubat ape..huhu..saya tunggu jela ape kan doktor nak cakap...dia tak nak gitahu terus apa yang perlu saya buat...rupa-rupanya dia nak saya yg bertanya soalan...last2 dia cakap,, ok ade ape2 nak tanye??  hoho apa lagi...saya tanya la dia, apa nak kena pantang n nak makan ubat ape...(well sebenarnya dalam ati ade satu soalan lg nak tnye...bila saya bole mengandung lg?)

AND doktor tu jawab....dari segi perubatan tak ade ape2 nak kena pantang..kalau dari segi tradisional mmg banyak pantang larang..awk ikut jela mana yg awak rasa masuk akal...heheh doktor ni...dia da cakap macam tu kan...ngehehehe...mestilah rasa suka hati ni.plak tu doktor yg cakap tu nampak warak..lg la saya percaya kan. sebelum ni dia pon nasihatkan saya doa banyak2 spy kandungan sy selamat, time bleeding dulu...AND doktor cakap boleh teruskan makan asid folik kalau rasa nak mengandung lagi. AND dia kata rehat dari mengandung dlm 2 bulan...ngehehe...2 bulan plak?? nurse cakap hari tu kena rehat sekurang-kurangnya 6 bulan...wuhuhuhu....lame tu kan..6 bulan..mana satu nak ikut ni?? :))

apa2 pon sy teruskan juga pantang sikit2 mana yg saya mampu :)

Thursday, August 1, 2013

cerita pantang

pantang selepas keguguran

ada banyak pendapat yang berbeza. mana satu nak ikut pun tak tahulah..ada org kata perlu berpantang seperti org bersalin dan ada yg kata tak perlu pun. jadi apa yang saya lakukan?? erm kalau ikutkan pada entri saya yg lepas mmg dlm family sy kurang mengamalkan pantang ms keguguran ni. ada amalkan pantang tapi tak delah ikut betul2 mcm org lepas bersalin tu..

kalau ikut kan hati, mmglah nak ikut pendapat yg 'tak perlu berpantang sgt'..ngeh3x..tp pikir2 balik, utk jangka masa panjang..perlu jugalah jg pantang..ini semua sebab hasil saya meng'google'...banyak jumpa info2 yg menarik ttg berpantang ni..kesimpulannya..saya ikutlah juga, mana yg mampu. mmg nurse nasihatkn saya berpantang selama 2 minggu..

ini ialah antara info yg buat sy sentap nak pantang betul2...hihi sumber sini


" Berpantang untuk wanita yang keguguran adalah lebih serius dari berpantang untuk wanita yang bersalin normal, hatta bersalin pembedahan. Sebab keguguran itu diibaratkan seperti buah mangga muda yang belum masak, direntap dari dahan. Manakala bersalin adalah seperti proses dimana buah mangga masak itu gugurnya secara sendiri."


1. Ibu keguguran tidak boleh bersejuk. Berkipas atau ber air-con adalah pantang yang besar. Sentiasa memastikan badan dalam keadaan panas.

2. Ibu keguguran tidak boleh terkena hujan hatta sepercik. Kerana air hujan ini bisa untuk ibu keguguran dan boleh meyebabkan bentan. Bentan urat dimana hujung lutut akan bertemu hujung dagu dan ibu akan menggigil kesejukan walaupun sudah diselimuti berpuluh selimut tebal.

3. Ibu keguguran dilarang bejimak dengan suami
dalam tempoh tertentu. jika usia janin ada 3 bulan ke bawah, maka pantang suami HARUS 30 hari. Jika janin berusia 3 bulan ke atas, eloklah berpantang suami selama 44 hari.

4. Jika usia janin yang gugur melebihi 3 bulan, maka di haruskan ibu berpantang itu berpantang seakan-akan orang yang bersalin, malahan lebih tertib lagi. Tidak digalakkan kerap bergerak untuk mengelakkan tumpah darah dan pitam. Yang terbaik dilarang keluar dari rumah selama 44 hari berpantang.

5. Pantang makan untuk keguguran:

Makanan Berangin- Ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.
Makan Sejuk serta Menjalar - Labu, Kangkung, Kacang Panjang, Timun
Buahan-buahan sejuk - Semua buah tempatan
Ikan berbisa: ikan berduri, terubuk, bawak hitam, sardin, pari
Dan segala makanan laut


Wanita yang tidak menjaga dirinya ketika berpantang keguguran, dia akan:

Tua wajahnya sebelum usia
Lemah tenaga syahwatnya yang menyebabkan kedinginan untuk bersama dengan suami
Susah untuk mengandung lagi
Banyak masalah peranakkan seperti tiba-tiba ada ketumbuhan dalam rahim seperti cyst, fibroid dan juga kanser(untk tahap yang kronik)
Akan mudah gugur lagi
Senang terkena meroyan yang akan terbawa-bawa hingga mencederakan anak sendiri.
Emosi yang tak stabil. Ni merujuk pada kes wanita yang kepala angin. Sekejap gelak. Sekejap nangis. Sekejap marah.
Mudah letih
Badan senang lenguh2. -lutut, tumit,pinggang, ari-ari.


*****************************

#okayy..so scary kan??  ada cerita scary dr org kg sy...org yg tgh pantang keguguran ni tak boleh jatuh or tersadung kaki ke ape. pd mula tu, org kg sy ni Cik A (bukan nama sebenar) mmg tak percaya langsung lah apa yg disampaikan. sehinggalah dia gugur ank kedua and dia terjatuh n tumpah drh..barulah dia percaya..sebab sejak dari tu dia tak boleh mgandung lg...cerita ni pon mak sy yg sampaikan ..mak suruh saya berhati2 jgn smpi jatuh..even dah agak lm tmpoh berpantang kte. so berhati-hatilah ye.

mood berpantang

sekarang sedang dalam mood berpantang...katanya...

FYI,,saya sudah melengkapkan tradisi miscarriage dalam family saya.senang cerita..dari emak dan 3 orang kakak saya semuanya pernah mengalami keguguran. kakak first and second saya 2 kali gugur,,and kakak yg ketiga sekali sama macam saya..bukan kita minta kan..tapi dah itu kehendaknya..so kita terima jela kenyataan dengan penuh sabar...percaya dengan hikmah disebaliknya.

ini nak cerita bab pantang berpantang ni..heh. memang saya macam2 dengar tips orang berpantang ni..mula yang saya tanya ialah mak saya...cara pantang mak saya ialah...dia cuma berpantang makan dari benda-benda yang sejuk je..and jangan buat kerja berat2 dulu..macam tu juga dengan Along saya. lepas saya tanya mak..saya tanya Along pulak..dia kata bedal je makan ayam..dia dulu pun tak pantang sangat..hehe  mana satu nak ikut ni kan? kawan saya mmg pantang betul2..

so, saya tanya plak kakak saya yang no 3 ni...saya tanya dia macam mana plak cara dia berpantang...heh. dia cakap kena pantang betul2..ms dia gugur dulu dia makan jamu org bersalin. and makan pun makan makanan org berpantang...heh. alamak,, nak kena beli jamu segala bagai ke? aduihh...

so, saya pon nak kena berpantang jugak kan? kena lah cari ikan haruan ke..nak kasi sembuh dalaman..err, malas la plak nak cari ikan haruan kan..terpaksalah cari alternatif lain..erm pati ikan haruan..sanggup kah? so, saya yg kononnya ala-ala org bandar ni, macam kat kampung tak de ikan haruan je kan nak cari, pun beli lah pati ikan haruan..saya cuma pernah dengar pati ikan haruan polieney jer, ala yg Fauziah Latif dutanya tu..erm tapi bila pergi guardian ada plak jenama lain iaitu Harwany..siap ada gmbar imam muda Asyraf lagi..apa lagi saya grab jek lah..sbb dia kata ia disahkan halal oleh JAKIM kan..so tanpa rasa was-was saya beli yang nih.

 okey..masa first time saya rasa..macam kicap.mcm okey je..tapi saya teruskan jugak..erkk..tak tahan la..adeyy.tapi habiskan juga.nak sihat punya pasal kan? he

see perbandingan antara pati ikan haruan harwany dengan pati berry innershine..sangatla beza kan. kalau innershine senang je nak telan.yela manis2 masam kan rasa nye..tapi pati haruan ni..aduhh..tahan jele..sy tutup hidung and telan...nak sihat kan??


okeyy..ini cite berpantang saya..sy belum tanya lagi kakak saya yg no 2 mcm ne cara dia pantang..so saya tanyalah dia jugak.saya cerita kat dia saya pantang mcm ni, minum ikan haruan semua, sy cte kat dia lagi, kakak sy y no3 beli jamu segala bagai ms dia gugur dulu..kakak saya yg no 2  ni apa lagi..gelak2 la kat saya time sy cite..dia kata buat pe nak pantang mcm tu..bukannya keluar anak satu..lain la kalau gugur keluar anak dah besar tu mmg kena pantang mcm orang bersalin..hee

see..dalam family sy mmg pantang time gugur ni tak berapa nak amalkan sgt..pantang juga..cuma taklah macam org bersalin tu..cuma kakak saya yg no 3 tu jelah, take seriously berpantang ni.so, saya berpantang dari makan benda2 sejuk, saya pakai stokin n bju sejuk, tak buat kerja-kerja berat and saya rs macam nak berurut juga, nk kasi segar kn badan ni...