Friday, March 9, 2012

update kondisi

hari ni baby sangat aktif bergerak..alhamdulilah..mummy gembira sebab baby gerak2..main apa lah tu agaknya.hihi

lama tak berceritakan kondisi saya sekarang.erm dah masuk 33 minggu. so far badan rasa sihat sikit. sebelum ni masalah saya macam-macam. 2 daripada 3 masalah tersebut dah dapat diatasi. tinggal satu masalah iaitu kepekatan darah. masa 1 Mac lepas, saya pergi sekali lagi untuk check HB.memang tetap tanak naik banyak, naik 0.2 je..kepekatan HB sekarang ialah 10.7.susahnya nak naikkan HB semula. tag pada buku pon dah berubah dari putih ke hijau..ermm sebabnya hemoglobin kurang 11gm%.

then hari Rabu yang lepas, saya pergi jumpa doktor.masa kat klinik tu, macam-macam lah saya dengar perbualan dari kakak-kakak yang mengandung ni.saya tak kenal pon mereka, cuma tumpang dengar je. ada sorang kakak ni dah cukup bulan dah, but HB die turun 9..memang nampak kakak tu pucat je.perut dia pon tak besar.still boleh pakai seluar and t-shirt. macam saya juga..dah 8bulan perut tak besar sangat. huhu so, saya terdengarlah kakak ni mengadu, tak tahu dah nak makan apa lagi...HB tak naik-naik jugak.dengar dari perbualan dia, makan pegaga dah naik muak, tapi HB tak mahu naik-naik jugak. dalam hati saya berkata, OMG, dia yang makan sayur pon boleh turun HB, apa lagi saya yang kurang makan sayur..huhu

memanglah saya ni susah nak makan sayur, nak-nak sayur ulam-ulam ni.lagilah tak pandang..kalau buah, oke saya boleh terima. so pengganti pada sayur saya makan buah banyak2..nak2 buah jambu batu paling tinggi khasiat zat besinya.then kalau misi cakap suh makan hati ayam..wek, lagilah saya tak boleh terima. :( jadi pengganti pada hati ayam tu, saya makan kerang.hari ni semangkuk kerang saya makan.ntahlah, harap-harap naik HB saya nanti.

saya sampai menangis bila fikirkan masalah ni..risau kat baby.bila diasak dengan soalan nurse yang macam2, saya rasa sebak..tahan je air mata depan nurse.sebab tiap kali datang klinik ada je masalah. tapi saya berdoa harap2 baby sihat je  masa lahir nanti.amin


No comments:

Post a Comment