Thursday, May 31, 2012

apabila bergelar ibu

dah jadi ibu ni antara kewajipan yang perlu dilaksanakan ialah menyusukan bayi. dalam banyak-banyak susu bayi, susu ibulah yang paling mahal dan berharga, bukan susu Enfagrow, Anmun, Gain Plus etc..huhu  betul tak ibu-ibu semua? kewajipan menyusukan bayi ni ada disebut dalam Al-Quraan

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.." (Surah al-Baqarah 2.233)

Alangkah seronoknya bila seorang ibu itu dapat menyusukan anak dia selama 2 tahun.tentu rasa puas dan bahagia sekali. Semasa mengandung saya diberi pendedahan tentang susu ibu..penyusuan secara exclusive..iaitu bayi diberi minum susu ibu sahaja selama 6 bulan..and macam2 lagilah yang nurse bagi tahu ttg kebaikan susu ibu ni. and i think semua orang pon tahu tentang kebaikan susu ibu ni.

ok, gambar di bawah ialah hadiah buku tentang susu ibu yang saya dapat daripada my beloved friend. Ada macam-macam info yang berguna dalam buku ni esp untuk para ibu n bakal ibu.utk bapa pon bagus gak buku nih.
 

Terima kasih pada kawan saya Juhana yang bagi saya hadiah buku ni. Bila saya baca buku ni terasa sedih sangat tak dapat nak bagi baby saya fully susu ibu. Now, my baby minum susu badan and susu formula..dah campur dah. At first memang nak kasi dia susu ibu jer..2 minggu lepas bersalin memang Harish minum susu badan je. Sebab die kena jaundise, saya mmg kena kasi dia minum susu banyak2 supaya kuning die cepat hilang.tapi agak lama jugak lah jaundise die, dah 15 hari pon masih ada kuning lagi. dah cuba macam-macam tapi still tak berkesan. at last, saya kasi die susu tepung,, then die buang air, barulah kuning die turun. erm start from that saya kasi die minum susu formula..

sebab nak sembuhkan penyakit kuning Harish, terpaksa lah beri susu formula. then bile dah baik tak perlu dah beri susu formula.tapi anak saya jenis yang kuaat sangat menangis, dan kuaat minum susu. kadang-kadang bila beri susu badan dia asik menangis and macam tak puas je minum. so terpaksalah jugak saya bagi die susu formula ni. jeles betul bila tengok orang boleh perah susu and simpan susu dalam kuantiti yang banyak..berbotol-botol. saya paling banyak pun sehari boleh simpan 5 auns. tak banyak mana 5 auns tu..sebab my baby kuat minum susu..5 auns tu sekali minum jaa..tapi bila dapat perah susu, 5auns tu saya rasa gembira sangat..kadang perah dapat 1 auns je pon saya rasa seronok, sebab dapat beri baby susu saya.

doktor memang nasihatkan saya bagi bayi susu ibu..tapi dia tak tahu keadaan yang sebenar saya hadapi. sekarang ni apa yang saya boleh buat ialah beri susu badan sebanyak yang boleh. kurangkan susu formula. ada beza tau anak yang minum susu ibu ni dgn yang x minum susu ibu. antaranya ialah anak kita lebih cerdik, rapat, lebih mendengar kata dll..it's true, saya ada 4 orang adik beradik..3 orang adik beradik mak beri minum susu badan selama 2 tahun..cume sorang kakak saya ni mak beri mnum susu badan selama 6 bulan..dari segi IQ mmg kakak saya yang sorang ni tak berapa dalam study. 


apa-apa pun saya berharap saya diberi kekuatan untuk beri bayi saya susu badan.and berharap anak saya dah tak meragam sangat.so boleh beri dia susu badan tanpa masalah.


4 comments:

  1. mgkn k ziha kena check pemakanan k ziha utk tmbhkn susu bdn...

    ReplyDelete
  2. tulaa..sdg berusaha ni..ada petua nk tambahkan susu badan tqah? :)

    ReplyDelete
  3. k ziha
    cuba bce blog ni
    http://sitisifir10.blogspot.com/

    kte pernah la terbaca 1 post dia psl nk tmbhkn susu bdn..tp x igt katne

    ok dh jmp..hehe

    http://sitisifir10.blogspot.com/search?q=menambahkan+susu+badan

    http://www.scribd.com/doc/21408360/Membanyakkan-Air-Susu-Ibu

    ReplyDelete