- "Eh,, siapa mak budak ni?? Tak reti jaga anak langsung! Nakalnyerr bebudak nih!! macam nak cili2 je mulut dia!"
- "Eiii....pengotorlah mak budak nih, tak reti bersihkan botol susu ker?"
- " Mak dia ni tak nak tolong buat kerja, asik jaga anak jer, tolong lah orang buat kerja sini."
situasi di atas ialah untuk orang yang tidak memahami keadaan seorang ibu yang mempunyai anak pelbagai karenah. ini cuma beberapa contoh, yang saya alami dan perhatikan sendiri. Mak saya selalu pesan, jangan marah anak orang or mengata anak orang itu ini. sebabnya nanti kita akan ada anak sendiri. kita tak tahu anak kita nanti macam mana. yes, very truee mak! huhu
saya bukan apa, dah mengalaminya sendiri. sebelum ini saya memang ada sedikit sikap spt di atas. tapi saya tak lah directly berkata pada orang berkenaan. cuma berkata dalam hati. tapi bila kita dah ada anak sendiri and mengalaminya, baru kita sedar and rasa sakit hati bila orang berkata sedemikian kepada anak kita. seolah-olah anak dia lah yang betul, cara dia didik anak jelah yang betul, orang lain semuanya salah. huhu
kesimpulannya,mari kita bersikap neutral...jangan berkata yang menyakitkan hati orang lain. kaji keadaan seseorang itu sebelum mengeluarkan kata-kata.
No comments:
Post a Comment