Tuesday, November 29, 2011

lawatan Misi Ani ke rumah :)

Kak Ani hari ni dia datang check saya di rumah..2 hari lepas saya dah buat check up bulanan di Klinik Desa (KD)..macam biasalah dia nak check kepekatan darah, urin,berat badan.erm berat badan saya kali ni cuma naik sekilo je, iaitu 56kg..huhu orang tak kuat makan memang macam ni..

Nak cerita masa Kak Ani datang ke rumah hari tu, macam-macam lah dia cerita...check tetap check lah...yang buat saya rasa teruja ialah, dia letakkan stateskop kat perut saya..nak dengar denyut jantung baby..wahh dah boleh dengar ke??hehe saya nak dengar jugakk! then Kak Ani ada tanya, ada rasa baby bergerak tak?ohh lagilah saya surprise, dah boleh rasa ke baby gerak2? hihi rupanya dah 4 bulan mengandung ni, boleh dah rasa baby gerak2..tapi tak delah kuat and kerap sangat..semua tu buat saya rasa excited and tak sabar sangat nak tunggu baby kuar..hehe padahal ada lagi 5 bulan. :)

Biasalah kan bila berjumpa dengan nurse yang merawat kita, macam-macam dia akan tanya pasal kesihatan kita. so time ni lah saya akan bercerita masalah yang saya hadapi...tapi so far alhamdulilah, tak de sampai yang serius sangat..cume mungkin saya kena banyakkan makan and minum air..sekarang awal mengandung hemoglobin masih pekat, sebab baby kecik lagi...nanti dah bila baby dah besar, makin banyak dia perlukan dari kita...contohnya macam darah, dia akan ambil 3/4 daripada badan ibu..ibu cuma dapat 1/4 je...sebab tu ibu mengandung kena ambil banyak makanan yang boleh menambahkan kepekatan darah.

So, tiap kali jumpa Kak Ani, mesti dia akan pesan pada saya makan 6 kali sehari...6 kali sehari...6 kali sehari...huhu....yelaa...saya akan cuba makan..lepas pada Kak Ani datang rumah, terus petang tu saya pergi mini market gi beli makanan2 apa2 yang patut..untuk mengelakkan daripada kelaparan di rumah..biskut, roti, semua tu mesti ada...hihi..

sekian update dari saya ^^

2 comments: